APAKAH DOKTRIN ENTITI UNDANG-UNDANG BERASINGAN?
Doktrin entiti undang-undang berasingan mengikut undang-undang syarikat adalah apabila sesebuah syarikat diperbadankan, syarikat tersebut dianggap sebagai satu entiti undang-undang berasingan di mana hak dan liabiliti syarikat tersebut adalah berbeza dan berasingan daripada ahli-ahlinya. Merujuk seksyen 20 Akta Syarikat 2016, sesuatu yang diperbadankan di bawah Akta ini ialah satu petubuhan perbadanan dan hendaklah mempunyai keperibadian undang-undang…