APA PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

APA ITU HARTA PUSAKA?

Harta pusaka adalah harta-harta yang ditinggalkan oleh si mati, sama ada ia adalah harta tak alih atau harta alih.

Contoh harta tak alih adalah tanah, sawah dan rumah.

Contoh harta alih pula adalah kenderaan, wang simpanan di dalam bank dan saham pelaburan.

Harta pusaka si mati dikategorikan sebagai:

1. Harta pusaka berwasiat

Si mati yang meninggal dunia meninggalkan wasiat yang sah dan boleh dikuatkuasakan.

2. Harta pusaka tidak berwasiat

Si mati meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat yang sah dan boleh dikuatkuasakan.

APA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MENTADBIR HARTA PUSAKA SI MATI?

1. Sama ada si mati ada meninggalkan wasiat

2. Apakah jenis harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut

3. Berapakah nilai harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut

4. Siapakah waris-waris si mati

Selain itu, bagi si mati yang beragama Islam, perlu diingat bahawa sebelum pentadbiran harta pusaka dibuat, pastikan perkara-perkara berikut diselesaikan:

1. Kos pengebumian

2. Hutang si mati dengan orang lain

APA ITU HIBAH?

Hibah adalah memberi milik sesuatu barang tanpa adanya sebarang tukaran pada masa hidup secara sukarela.

Hibah daripada segi syarak pula bermaksud memberi milik sesuatu barang kepada seseorang yang mana barang itu sah untuk dijual atau diberi hutang oleh ahli tabarru’ dengan tidak adanya sebarang tukaran atau pembalasan.

Rukun-rukun hibah adalah:

1. Pemberi hibah dan penerima hibah

2. Perkara dan barang yang dihibahkan

3. Akad ijab dan qabul (beri dan terima)

Harta yang telah dihibahkan tidak akan termasuk dalam kategori harta pusaka.

APA ITU SURAT KUASA TADBIR?

Selain permohonan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka melalui probet, ia juga boleh dbuat melalui surat kuasa tadbir.

Jika si mati meninggal dunia tanpa berwasiat, permohonan surat kuasa tadbir perlu dibuat.

Permohonan surat kuasa tadbir ini bergantung kepada nilai harta dan jenis harta yang dimiliki oleh si mati:

  • Harta kurang daripada RM600,000 dan 100% harta alih: Permohonan di Amanah Raya Berhad
  • Harta kurang daripada RM2juta dan terdapat harta tak alih: Permohonan di Pejabat Pusaka Kecil
  • Harta lebih daripada RM2juta: Permohonan di Mahkamah Tinggi

Geran surat kuasa tadbir kemudian akan dikeluarkan kepada pentadbir harta pusaka si mati.

TIDAK SETUJU DENGAN GERAN PROBET?

Sekiranya geran probet telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah dan anda tidak bersetuju, anda boleh menghalang perkara tersebut daripada pentadbiran harta pusaka dibuat.

Ini juga bermaksud anda ingin mencabar keesahan wasiat si mati.

Suatu kaveat boleh dimasukkan terhadap geran probet tersebut. Kaveat ini akan bertahan selama 6 bulan sahaja.

Pihak yang memasukkan kaveat perlu menunjukkan sebab kepada Mahkamah mengapa kaveat dimasukkan.

Pentadbiran harta pusaka tidak boleh dibuat sehinggalah isu berkenaan keesahan wasiat si mati tersebut diselesaikan.

PERMOHONAN WARIS UNTUK MENCELAH DAN MENJADI PENTADBIR BERSAMA HARTA PUSAKA

Ramli bin Ahmad dll lwn Kamilah bin Ahmad [2015] 10 MLJ 307 – bukan nama sebenar.

Arwah telah meninggal dunia meninggalkan empat orang isteri dan 24 orang anak-anak. Permohonan surat kuasa tadbir telah dibuat oleh waris tetapi tiada geran surat kuasa tadbir yang dikeluarkan.

Kemudian Ramli memohon untuk memasukkan waris-waris lain dijadikan sebagai pentadbir bersama. Mahkamah membenarkan permohonan ini.

Kamilah kemudiannya memohon untuk mencelah dan dijadikan sebagai responden dalam prosiding. Kamilah juga memohon perintah mahkamah yang sebelum itu diketepikan.

Mahkamah memutuskan Kamilah boleh mencelah. Tiada surat kuasa mentadbir telah dikeluarkan bagi harta pusaka arwah. Kamilah sebagai waris si mati mempunyai kepentingan undang-undang atas harta pusaka arwah.

Perintah mahkamah sebelum itu juga bercanggah dengan peruntukan undang-undang kerana tiada geran surat mentadbir pusaka dikeluarkan mengikut tatacara undang-undang.

Apa yang perlu anda lakukan lepas ahli keluarga meninggal dunia?

Ada harta yang ditinggalkan?

Siapakah waris-waris lain yang ada?

Tak tahu nak buat prosedur pembahagian harta pusaka macam mana?

Dapatkan nasihat dan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set temujanji:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *