APAKAH DOKTRIN ENTITI UNDANG-UNDANG BERASINGAN?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Doktrin entiti undang-undang berasingan mengikut undang-undang syarikat adalah apabila sesebuah syarikat diperbadankan, syarikat tersebut dianggap sebagai satu entiti undang-undang berasingan di mana hak dan liabiliti syarikat tersebut adalah berbeza dan berasingan daripada ahli-ahlinya. 

Merujuk seksyen 20 Akta Syarikat 2016, sesuatu yang diperbadankan di bawah Akta ini ialah satu petubuhan perbadanan dan hendaklah mempunyai keperibadian undang-undang yang berasingan daripada keperibadian anggotanya dan terus wujud sehingga syarikat itu dikeluarkan daripada daftar.

APAKAH RASIONAL DI SEBALIK DOKTRINI ENTITI UNDANG-UNDANG YANG BERASINGAN DAN MENYINGKAP TIRAI KORPORAT?

Tirai korporat membezakan keperibadian sebuah syarikat daripada ahli-ahlinya dan melindungi mereka daripada bertanggungjawab secara peribadi terhadap kewajiban-kewajiban syarikat.

Walau bagaimanapun, perlindungan ini tidak dipraktikkan sepenuhnya di mana Mahkamah menentukan jika syarikat tidak dijalankan mengikut peruntukan undang-undang korporat, ia mungkin membuat ahli-ahlinya bertanggungjawab secara peribadi terhadap kewajiban syarikat di bawah konsep undang-undang untuk menyingkap tirai korporat. 

Maksud lain bagi konsep menyingkap tirai korporat adalah di  mana Mahkamah membenarkan tuntutan atau pendakwaan diteruskan terhadap pemegang saham atau pengarah syarikat, dan bukannya membenarkan mereka dilindungi daripada liabiliti individu kerana status korporat mereka. 

SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI UNTUK MENYINGKAP TIRAI  KORPORAT.

Untuk menyingkap tirai korporat, pihak yang ingin menyingkap mesti membuktikan bahawa menyingkap tirai korporat adalah demi kepentingan keadilan dan wujud keadaan khas untuk menyingkap tirai korporat seperti:-

  • Telah berlakunya penipuan sebenar atau penipuan dari segi “Common Law”;
  • Penipuan yang telah dilakukan;
  • Untuk mengelakkan liabiliti kontrak;  atau
  • Untuk mencegah penyalahgunaan personaliti korporat. 

MENGAPAKAH PERLU UNTUK MENYINGKAP TIRAI KORPORAT?

Apabila terdapat bukti penipuan atau penyalahgunaan doktrin entiti yang berasingan, Mahkamah bersedia untuk menyingkap tirai korporat. Syarikat-syarikat cenderung untuk mengelak daripada kewajiban sendiri dan keperibadian berasingan syarikat sering digunakan untuk menyamarkan penipuan atau membolehkan seseorang mengelakkan kewajipan undang-undangnya. Oleh itu, Mahkamah akan memberikan perlindungan sekiranya ahli-ahli syarikat sekiranya berlaku penipuan.

ANDA NAK TAHU KES MAHKAMAH MENGENAI KONSEP ‘PIERCING AND LIFTING THE CORPORATE’ VEIL?

Dalam RB v OC Anor [2014] 11 MLJ 606, Plaintif, subkontraktor bagi projek kediaman bercampur, memfailkan tuntutan untuk baki yang perlu dibayar di bawah perjanjian penyelesaian yang ditandatangani antara SC Sdn Bhd dan Plaintif. Plaintif mendakwa SC Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai dua pengarah dan pemegang saham, dibubarkan tanpa menyelesaikan hutangnya.

Tindakan itu tidak difailkan terhadap SC Sdn Bhd tetapi terhadap kedua-dua defendan iaitu suami isteri kerana carian dengan SSM mendapati SC Sdn Bhd telah ‘dibubarkan’ atas permohonan Defendan Pertama. Plaintif menyatakan bahawa Defendan-Defendan tidak mempunyai niat untuk membubarkan SC, membebaskan pengarah dan pemegang sahamnya daripada liabiliti kepada pihak ketiga. Defendan menyatakan bahawa tidak ada rayuan khusus dalam pernyataan tuntutan untuk menyingkap tirai korporat, menyebabkan tiada tuntutan yang mampan dalam undang-undang terhadap Defendan-Defendan.

Defendan kedua berusaha menjauhkan diri dalam tuntutan itu, mendakwa sebagai sleeping partner atau seseorang yang tidak aktif dalam menguruskan syarikat. 

Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif telah membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. Tuntutan plaintif adalah dibenarkan; Defendan-Defendan secara peribadi, secara bersama dan berasingan bertanggungjawab kepada Plaintif bagi jumlah RM861,189.81 berserta faedah pada kadar 5% dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi bersama kos yang dipersetujui sebanyak RM70,000.

APAKAH KES LAIN YANG TELAH DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH MENGENAI KONSEP MENYINGKAP TIRAI KORPORAT?

Dalam PA Sdn Bhd v TS Sdn Bhd Ors (Shan Ors, Pihak Ketiga), Plaintif, sebuah syarikat yang mengeluarkan penghawa dingin, memfailkan saman terhadap Defendan Pertama, pengangkut barang dan pengarah Defendan Pertama. Plaintif mendakwa berlaku penipuan dengan mengeluarkan invois palsu, walaupun tiada perkhidmatan diberikan. Plaintif juga mendakwa berlaku pelanggaran kewajipan fidusiari dan pengayaan tidak adil.  Plaintif mempertikaikan bahawa pengarah Defendan Pertama bertanggungjawab secara peribadi atas penipuan itu di bawah Common Law dan Akta Syarikat 1965.

Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos sebanyak RM30,000. Mahkamah seterusnya membenarkan tuntutan ganti rugi defendan daripada pihak ketiga dengan kos sebanyak RM10,000.

ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?

Adakah anda tahu liabiliti anda dan syarikat adalah perkara berbeza? Atau anda masih keliru? Ingin dapatkan nasihat dari segi undang-undang? Hubungi kami untuk set temu janji dan dapatkan nasihat daripada peguam-peguam kami. Peguam-peguam kami sedia untuk membantu anda!

“Peguam & Penyelamat Anda”

Hubungi kami di talian:      

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *