“The Buntu Series”  Dari Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

“PEGUAM SATU KAKI KE NERAKA?! “

SOALAN:

Puan Liyana, betul ke peguam ni satu kaki  masuk neraka? Saya nak ambil kos undang undang tapi saya takut masuk neraka. Macam mana ni? Saya buntu.

JAWAPAN:

Ini sebenarnya soalan kegemaran saya. Saya rasa biased lah pandangan ni kan, bagi  saya mana-mana profesyen pun, kalau tak  dijalankan dengan amanah, maka orang  tersebut yang patut masuk ke neraka  

contohnya buat kerja sambi lewa, tak amanah,  songlap duit, buat nak taknak sekadar makan  gaji buta ke, dalam apa jua profesyen, ianya  tetap tidak boleh diterima. 

Percayalah apa pun pekerjaan kita, kalau kita  berusaha dengan bersungguh-sungguh , kita  berdoa dan bertawakal dan buat yang terbaik,  pasti ada rezekinya Jadi kepada adik-adik di luar sana, jangan risau,  jadi peguam bukanlah auto masuk neraka ke  apa, kalau macam tu pupus lah semua peguam  kat malaysia ni baik peguam sivil mahupun  peguam syarie.

“KENAPA KHIANATI CINTA KITA?”

SOALAN:

Bekas kekasih ugut nak sebar gambar lucah, apa  perlu saya buat? Saya buntu.

JAWAPAN:

Soalan ni antara soalan femes yang kami selalu  terima. Saya dah pernah nasihatkan wanita wanita diluar sana, JANGAN berikan gambar  peribadi anda kepada orang luar seperti kekasih  anda.  

“BILA DAH BERDUIT, BUSINESS PARTNER  TIKAM BELAKANG!”

SOALAN:  

Rakan Kongsi bisnes saya telah menipu dan  melarikan duit Syarikat. Apa patut saya buat?  Saya buntu.

JAWAPAN:

Perkara ini tidak asing lagi dan sering terjadi  kepada pemilik perniagaan diluar sana. Jika  terjadi seperti ini, anda dinasihatkan untuk  cepat-cepat ambil tindakan dengan menghubungi peguam untuk dapatkan nasihat lanjut. Jika dibiarkan, perkara ini mungkin akan  menjadi lebih teruk!

“PENYONDOL SEMUA TAK BERDOSA?!”

SOALAN:  

Betul ke kalau ada penyondol, boleh bawa kes  ke mahkamah? saya dengar undang-undang ada  tapi tiada penguatkuasaan? Saya buntu.

JAWAPAN:

Saya tahu ramai wanita diluar sana yang sering  mengalami situasi seperti ini. Bagi saya, kalau dah ada penyondol, move on jela dengan  seseorang yang lebih menghargai kita, Tapi  sebenarnya dalam undang-undang ada  beberapa larasan undang-undang yang anda  perlu tahu sebelum bertindak melulu.  Jangan sampai kena saman pula, better berjaga jaga! 

“SAYA KENA VIRAL TAPI SAYA YANG  DISAMAN?!”

SOALAN:  

Puan liyana, saya kena viral minggu lepas dan  saya founder terkenal di Malaysia. Jadi, saya pun buatlah ‘live’ dan mengutuk orang yang  viralkan saya tu, tiba-tiba saya dapat notis  tuntutan, macam mana ni? Saya buntu. 

JAWAPAN:

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan bercerita  buruk mengenai seseorang individu di khalayak  ramai adalah salah satu elemen bagi saman  fitnah. Anda boleh diambil tindakan jika berbuat  demikian. Jadi saya nasihatkan anda berhati hati didalam setiap posting di media sosial.

PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?  

Temujanji bersama peguam kami boleh melalui  tiga (3) cara iaitu:  

• Panggilan Telefon 

• Atas talian (Google Meet/Zoom) 

• Perjumpaan di Pejabat 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun  pengalaman dalam menyelesaikan masalah  perundangan yang kompleks untuk orang  ramai.  

“Peguam & Penyelamat Anda”  

 Hubungi kami di talian:  

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *