APAKAH YANG AKAN BERLAKU KEPADA HARTA PUSAKA KITA SELEPAS MENINGGAL DUNIA?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Semua harta milik kita akan dibekukan dan dihalang daripada sebarang transaksi.

Jika waris-waris ingin menguruskan harta pusaka tersebut, agensi-agensi berkaitan akan memerlukan suatu dokumen surat kuasa supaya pengurusan harta pusaka boleh dilakukan.

Di sini, waris-waris perlu membuat permohonan mendapatkan dokumen surat kuasa tersebut, bergantung kepada sama ada si mati ada meninggalkan wasiat atau tidak, dan bergantung kepada jenis dan nilai harta yang ditinggalkan.

Tanpa dokumen surat kuasa tersebut, waris-waris akan terhalang untuk menggunakan harta yang ada demi meneruskan kehidupan.

PERMOHONAN MENDAPATKAN KUASA UNTUK MENGURUS DAN MENTADBIR HARTA PUSAKA

Jika si mati meninggalkan wasiat, wasi yang dinamakan di dalam wasiat boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Geran Probet.

Jika si mati tidak meninggalkan wasiat, waris atau individu yang berkepentingan terhadap harta pusaka si mati boleh memohon mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad. Setelah Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir tersebut diperolehi, wasi atau pentadbir yang dilantik telah berjaya mendapatkan kuasa. Maka, mereka boleh menguruskan dan mentadbir harta pusaka si mati kepada waris-waris yang berhak.

PERKARA YANG WARIS PERLU AMBIL TAHU SEBELUM MENGURUSKAN HARTA PUSAKA SI MATI

Sebelum membuat permohonan mendapatkan kuasa daripada agensi terlibat, waris-waris perlu ambil tahu perkara-perkara ini:-

  • Sama ada si mati ada meninggalkan wasiat
  • Apakah jenis harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut
  • Berapakah nilai harta yang ditinggalkan oleh si mati tersebut
  • Siapakah waris-waris si mati yang layak menerima harta pusaka
  • Adakah si mati ada berhutang sama ada dengan pihak bank contohnya atau individu
  • Kumpulkan semua dokumen berkenaan harta peninggalan si mati

Selain itu, bagi si mati yang beragama Islam, perlu diingat bahawa sebelum pentadbiran harta pusaka dibuat, pastikan perkara-perkara berikut diselesaikan:

  • Kos pengebumian
  • Hutang si mati dengan orang lain

WARIS ENGGAN BEKERJASAMA DALAM PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR?

Berkenaan permohonan Surat Kuasa Mentadbir, terdapat dokumen yang perlu difailkan ke Mahkamah Tinggi. Beberapa dokumen tersebut perlu mendapatkan tandatangan daripada waris-waris si mati yang berhak.

Apa yang perlu dibuat jika ada waris yang enggan bekerjasama dan tidak mahu menandatangani dokumen mahkamah tersebut?

Pemohon boleh membuat suatu prosiding yang dinamakan sebagai Sitasi untuk memanggil waris yang enggan tersebut sama ada untuk menerima atau menolak surat kuasa mentadbir.

Dalam masa 14 hari selepas penyampaian Sitasi tersebut kepada waris enggan, jika tiada kehadiran yang dimasukkan, maka Mahkamah boleh meneruskan permohonan.

APA ITU WASIAT?

Seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959:

Wasiat termasuk mana-mana kodisil atau dokumen wasiat lain dan wasiat istimewa yang sah di bawah seksyen 26 Akta Wasiat 1959 [Akta 346], atau undang-undang bertulis yang sepadan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak.

Seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999:

Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

KES MAHKAMAH – PENIPUAN WASIAT

Ahmad lwn Mahmud [2017] MLJU 2223 (bukan nama sebenar)

Ahmad adalah abang kepada si mati yang bernama Ali. Mahmud pula adalah kawan Ali. Ali telah meninggal dunia dengan berwasiat dan meninggalkan sebuah hartanah. Mahmud dikatakan adalah wasi dalam wasiat Ali itu. Melalui wasiat, Ali menghadiahkan hartanah tersebut kepada Mahmud.

Mahmud telah memohon Geran Probet daripada Mahkamah Tinggi untuk menguruskan harta pusaka peninggalan arwah Ali. Mahmud mendakwa Ali tiada waris. Geran Probet telah diperolehi dan hartanah telah dipindahmilik kepada nama Mahmud.

Ahmad memfailkan saman di Mahkamah terhadap Mahmud setelah mengetahui tindakan yang dibuat Mahmud kerana Ahmad sebagai abang si mati tidak mengetahui langsung. Dia juga mendakwa wasiat itu tidak sah dan pemberian telah melebihi kadar 1/3 harta.

Mahkamah akhirnya membenarkan permohonan Ahmad kerana tiada bukti kukuh daripada Mahmud tentang keesahan wasiat itu dan sememangnya kadar pemberian telah melebihi 1/3 harta tanpa persetujuan waris-waris.

ANDA INGIN DAPATKAN NASIHAT GUAMAN BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Buntu tak tahu rujuk siapa?

Jom dapatkan nasihat dan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *