“SAYA DAH LANGGAR KONTRAK”

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Saya ada menerima satu tawaran untuk membuat kontrak dengan A. Tetapi, terma-terma yang dinyatakan tidak jelas, tidak lengkap, tidak terperinci dan muktamad. Jadi, saya ragu ragu. Adakah
semua terma tersebut merupakan satu tawaran yang baik untuk memulakan kontrak?

Jawapannya, tidak. Sebarang terma yang tidak jelas, tidak lengkap dan tidak terperinci serta tidak muktamad adalah berat sebelah untuk memasuki tawaran dalam kontrak.

Saya terima satu cadangan untuk memulakan kontrak tetapi saya berdiam diri sahaja dan tidak memberi sebarang jawapan. Adakah itu dikira sebagai satu penerimaan dalam undang-undang kontrak?

Pada asasnya, penerimaan perlu dilakukan dengan cara berkomunikasi dan tidak boleh berlaku secara berdiam diri. Sekiranya pihak yang membuat cadangan menyatakan bahawa penerimaan boleh dibuat dengan cara berdiam diri, penerimaan secara berdiam diri dianggap tidak sah. Menurut seksyen 4(2)(b)
Akta Kontrak 1950, komunikasi penerimaan adalah lengkap apabila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

Pencadang kontrak (pihak A) telah meninggal tapi anda tak tahu dan telah menerima tawaran Pihak A itu. Adakah kontrak yang telah dibuat dikira masih sah?

Jika pihak A telah mati, namun anda telah menerima tawaran sebelum anda tahu mengenai kematian itu, maka kontrak tersebut masih sah, berkuatkuasa dan mengikat pihak-pihak.

Mari baca kes Percetakan Kolombong Ria Sdn Bhd v Wawasan Iktisas Sdn Bhd [2016] 6 MLJ 584 berkenaan isu sama ada wujud kontrak yang sah antara perayu dan responden melibatkan kontrak percetakan dan pembekalan kupon.

Dalam kes ini, perayu dan responden telah menjalankan beberapa perundingan untuk mencetak dan membekalkan kupon letak kereta yang mana perayu telah mengeluarkan suatu surat sebut harga bahawa kuantiti yang perlu ditempah oleh responden adalah lebih kurang 1.5 juta helaian sebulan.

Pihak responden telah menerima sebut harga oleh perayu melalui surat tawaran dan menawarkan kepada perayu kontrak untuk mencetak kupon letak kereta tertakluk kepada perayu bersetuju kepada terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat tawaran itu. Pihak perayu telah menerima tawaran responden melalui surat penerimaan dan telah menandatangani satu perjanjian untuk mencetak dan membekal. Walau bagaimanapun, responden tidak menandatangani perjanjian itu dan gagal untuk menempah kupon seperti yang telah dipersetujui.

Pihak responden juga telah gagal untuk membayar kos mengubah reka bentuk kupon yang telah dicetak dalam jumlah yang besar oleh perayu. Perayu memulakan tindakan kerana responden telah melanggar kontrak. Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan perayu dan perayu merayu.

Dalam membenarkan rayuan, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa surat sebut harga, surat tawaran dan surat penerimaan menunjukkan niat kedua-dua pihak untuk mempunyai kontrak yang sah tanpa adanya perjanjian rasmi. Oleh itu, responden telah melanggar kewajipan seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

A memberitahu B bahawa A nak beli kereta Honda milik B dengan harga RM 150,000.00. Namun begitu, B memberitahu A bahawa B bersetuju untuk menjual kereta tersebut dengan harga RM170,000.00. Dalam situasi ini, adakah tawaran yang dilakukan oleh A dikira tidak sah dan B dikira tidak melakukan sebarang penerimaan atas tawaran tersebut?

Jawapannya, ya. Tindakan B memberitahu A bahawa B bersetuju untuk menjual kereta tersebut pada harga RM170,000.00 telah membatalkan tawaran asal A dan sekaligus tiada penerimaan yang mutlak dilakukan oleh B untuk tawaran asal yang dilakukan oleh A.

Saya dah langgar kontrak dengan A. Apa yang boleh A tuntut daripada saya?

Seksyen 38 Akta Kontrak 1950 ada menyatakan tentang kewajipan bagi pihak-pihak dalam kontrak untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat, melainkan pelaksanaan janji itu adalah dimaafkan dari segi undang-undang. Sekiranya anda telah melanggar kontrak, seksyen 74 Akta Kontrak 1950 telah menyatakan bahawa pihak yang mengalami kerugian akibat kemungkiran anda berhak mendapat pampasan kepada kerugian atau kerosakan yang dialaminya.

Anda telah masuk kontrak dengan orang tapi anda keliru dan perlukan nasihat guaman? Jangan risau lagi! Peguam-peguam kami sedia membantu anda! Jom set temujanji bersama peguam-peguam kami yang berpengalaman dan berdedikasi.

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *