Sharing :

DAPAT PAMPASAN KERANA KES PECAH RUMAH?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. 

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang satu kes yang sedang dikendalikan oleh firma saya. Ianya melibatkan rumah anak guam saya yang telah dipecah masuk oleh perompak di kawasan Kajang. 

Yang bestnya kawasan perumahan tersebut adalah gated and guarded community. Jadi ada security guard yang sepatutnya memantau dan menjaga keselamatan para penduduk dalam kawasan tersebut. 

Namun malang tak berbau, walaupun ada security guard, mungkin mereka leka dan lalai, perompak telah berjaya pecah masuk kedalam rumah anak guam saya dan membawa lari barang kemas dan juga beberapa barangan berharga yang lain.

Dalam kes ini, CCTV menunjukkan rompakan berlaku pada waktu pukul 8 malam. Laporan polis juga telah dilakukan dan sehingga ke hari ini IO berkomunikasi kepada kami bahawa kes masih dibawah siasatan namun IO percaya saspek terdiri daripada warga asing yang menetap di kawasan construction berdekatan. 

Apakah hak anak guam kami dalam kes ini? Disini firma kami telah memfailkan tuntutan sivil terhadap syarikat security tersebut untuk menuntut pampasan disebabkan kecuaian security guards yang dibekalkan. 

Dalam kes Dato’ Soo Lai Sing v Kumpulan Sierramas (M) Sdn Bhd & Anor [2004] 3 MLJ, fakta kes adalah hampir sama dengan situasi anak guam kami iaitu rumah Plaintif telah dirompak .Mahkamah memutuskan bahawa company security yang sepatutnya memastikan keselamatan kawasan rumah Plaintif telah gagal dan cuai menjalankan tanggungjawab mereka.  

Plaintif dibenarkan menuntut nilai harta bendanya yang telah dicuri, dalam bentuk gantirugi khas berjumlah RM486,988 dengan faedah pada kadar 8% setahun dari tarikh perbicaraan ini sehingga tarikh penyelesaian penuh. Hakim dalam kes berkenaan juga mengulas bahawa Plaintif juga berhak mendapat pampasan disebabkan rasa takut dan trauma yang dihadapai oleh Plaintif dan keluarga akibat dari peristiwa rompakan tersebut. 

Saya percaya kes ini boleh dikendalikan dengan baik dan moga hak anak guam kami dapat ditegakkan di Mahkamah. 

Moga bermanfaat, 

-Liyana The Lawyer-