Anak guam saya seorang yang ramai orang kenal. Seorang figura awam yang selama ini jaga nama baik, bekerja keras bina reputasi. Tapi semuanya hampir musnah hanya kerana satu posting di media sosial.
Bayangkan — gambar beliau dimuat naik tanpa izin. Ditambah dengan kapsyen menghina, siap sebut perkataan “pondan”. Mungkin bagi orang yang post tu, ia sekadar “gurauan”. Tapi bila tular, ia jadi bala.
Orang ramai mula komen. Ada yang ketawa, ada yang menambah sindiran. Lebih sakit, kawan-kawan dan kenalan anak guam saya sendiri percaya fitnah itu ditujukan kepadanya. Bayangkan, orang yang selama ini hormat, tiba-tiba pandang dengan sinis.
Dia datang jumpa saya dengan wajah yang penuh kecewa. Katanya, “Puan, reputasi yang saya bina bertahun-tahun habis rosak. Saya malu nak keluar rumah. Anak-anak saya pun jadi mangsa, orang ejek di sekolah.”
Hanya kerana satu posting. Satu kapsyen. Hidupnya terbalik.
Inilah realiti dunia digital hari ini. Satu perkataan boleh jadi senjata. Satu “gurauan” boleh jadi fitnah. Dan fitnah itu ada harga yang sangat mahal — saman berpuluh ribu, malah boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Undang-undang kita jelas: fitnah adalah kesalahan. Kalau guna platform online, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pun boleh berkuat kuasa. Maksudnya, bukan sekadar saman sivil, tapi juga boleh jadi kes jenayah.Moralnya?
Fikir dulu sebelum menaip. Jangan biarkan jari anda menulis sesuatu yang akhirnya menghancurkan hidup sendiri.