TUNTUTAN SIVIL KE ATAS SYARIKAT

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Anda nak tahu kalau anda boleh menyaman atau disaman oleh mana-mana syarikat?

Ya, anda boleh menyaman ataupun di saman oleh mana-mana syarikat di atas nama syarikat itu sendiri tidak kira sama ada syarikat tersebut adalah syarikat sendirian berhad (Sdn.Bhd) ataupun syarikat berhad (Bhd).

Anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mengambil tindakan ke atas syarikat? Ini langkah-langkah yang perlu anda tahu sebelum mengambil tindakan:

Pertama, anda perlu memastikan nama dan jenis syarikat tersebut. Kedua, anda perlu memastikan status syarikat tersebut sama ada syarikat tersebut masih beroperasi dengan aktif ataupun tidak dengan melakukan semakan di portal SSM. Ketiga, anda perlu merujuk kepada nasihat peguam sebelum memulakan sebarang tindakan supaya dapat melakukan tindakan seterusnya dengan betul.

Mengapakah penting untuk anda tahu tentang jenis-jenis syarikat di Malaysia sebelum memulakan tindakan ke atas syarikat?

Penting untuk anda tahu jenis-jenis syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan saman terhadap syarikat tersebut supaya saman yang difailkan adalah saman yang tepat terhadap pihak-pihak berkenaan. Sekiranya saman yang difailkan tidak meletakkan pihak-pihak yang tepat, terdapat kemungkinan besar saman anda boleh dibatalkan oleh pihak Mahkamah.

Anda tidak tahu jenis-jenis syarikat di Malaysia selain syarikat sendirian berhad dan berhad? Ini adalah jenis-jenis syarikat yang anda perlu tahu:

1. Pemilikan Tunggal (Enterprise)  

2. Perkongsian (Partnerships) 

3. Syarikat Sendirian Berhad 

4. Syarikat Berhad

Kalau saya nak saman atau disaman oleh syarikat jenis enterprise bagaimana pula? 

Syarikat jenis enterprise tidak boleh disaman ataupun menyaman atas nama syarikat itu sendiri. Jadi, sekiranya anda ingin menyaman ataupun anda disaman oleh syarikat jenis enterprise, anda perlu  menyaman pemilik syarikat tersebut dan bukan atas nama syarikat itu.

Di dalam kes RDS Bina Sdn Bhd v Ong Chin Hoe & Anor [2013] MLHRU 3, Plaintif memfailkan tuntutan terhadap para pengarah syarikat untuk menguatkuasakan pembayaran yang perlu dibayar di bawah perjanjian penyelesaian yang telah dipersetujui dengan syarikat yang kemudiannya menghentikan operasi dan dibubarkan. Plaintif mengemukakan bukti penipuan oleh para pengarah yang mengelakk untuk membayar hutang wang tersebut kepada Plaintif.

Mahkamah membenarkan plaintif menyingkap tabir perbadanan syarikat dan mendapati para pengarah bertanggungjawab secara peribadi kepada Plaintif atas hutang tersebut.

Anda ada isu dengan syarikat yang buat hal dengan anda? Nak saman? Hubungi kami sekarang untuk nasihat guaman yang tepat! 

“Peguam & Penyelamat Anda”     

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *