Posisikan diri anda sebagai supplier barang kepada satu syarikat.
Barang sudah dihantar.
Invoice sudah keluar.
Nilai lebih RM300,000.
Tapi bayaran tak dibuat.
Anda saman.
Anda menang.
Mahkamah beri penghakiman.
Tapi bila tiba masa nak tuntut bayaran, syarikat itu seolah-olah sudah “kosong”.
Bisnes yang sama pula nampak hidup semula di bawah syarikat lain.
Papan tanda hampir sama.
Nombor telefon sama.
Nombor faks sama.
Logo sama.
Identiti perniagaan pun hampir sama.
Cuma satu huruf ditambah pada nama papan tanda.
Inilah antara isu dalam satu kes Mahkamah Rayuan yang melibatkan tuntutan pemiutang terhadap pengarah
dan pemegang saham syarikat atas dakwaan fraudulent trading.
Dalam kes ini, sebuah syarikat yang kita namakan sebagai LT Sdn Bhd telah membekalkan bahan binaan bernilai RM309,481.20 kepada sebuah syarikat pembeli yang kita namakan sebagai Syarikat A.
Namun, bayaran tidak dibuat.
LT Sdn Bhd kemudian memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi dan mendapat penghakiman terhadap Syarikat A.
Walaupun begitu, hutang tersebut masih tidak dibayar.
Apa yang menarik?
Selepas surat tuntutan dihantar, tetapi sebelum tindakan writ difailkan, papan tanda Syarikat A telah diubah kepada nama syarikat lain yang hampir sama.
Bukan tukar identiti sepenuhnya.Cuma tambah satu huruf pada papan tanda.
Yang lain masih sama.
Pada masa yang sama, syarikat baharu itu sebenarnya ialah entiti berbeza. Kita namakan sebagai Syarikat B.
Sebelum itu, Syarikat B dikenali dengan nama lain sebelum ditukar kepada nama baharu yang hampir menyerupai Syarikat A.
Carian syarikat pula menunjukkan pattern yang penting.
Pada satu masa, Syarikat A aktif, manakala Syarikat B dorman.
Kemudian, keadaan itu berubah.
Syarikat A menjadi dorman.
Syarikat B pula aktif.
Pengarah dan pemegang saham kedua-dua syarikat itu adalah individu yang sama. Mereka
juga merupakan pasangan suami isteri.
LT Sdn Bhd kemudian mengambil tindakan terhadap individu-individu tersebut di bawah seksyen 304 Akta Syarikat 1965,
atas alasan berlaku fraudulent trading.
Dalam bahasa mudah, LT Sdn Bhd mendakwa bahawa perniagaan syarikat telah dijalankan dengan niat untuk menipu pemiutang atau mengelak daripada membayar hutang syarikat.
Mahkamah Tinggi pada awalnya menolak tuntutan LT Sdn Bhd.
Tetapi apabila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan, keputusan itu diketepikan.
Mahkamah Rayuan mendapati isu sebenar bukan sekadar:
“Adakah syarikat itu tukar nama kepada syarikat lain?”
Isu sebenar ialah:
Adakah terdapat usaha untuk mengelirukan pemiutang melalui perubahan papan tanda dan
pemindahan bisnes daripada Syarikat A kepada Syarikat B, sehingga Syarikat A menjadi
syarikat dorman?
Ini bahagian yang business owner kena faham.Syarikat memang entiti berasingan.
Secara asasnya, hutang syarikat ialah hutang syarikat.
Tetapi undang-undang tidak semestinya membenarkan pengarah bersembunyi di sebalik nama
syarikat jika ada unsur penipuan.
Dalam keadaan tertentu, mahkamah boleh lift the corporate veil.
Maksudnya, mahkamah boleh melihat siapa sebenarnya yang mengawal tindakan syarikat itu dan, jika terbukti, individu tertentu boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi.
Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa seksyen 304 ialah peruntukan khusus yang membenarkan
corporate veil diangkat apabila perniagaan syarikat dijalankan dengan niat untuk ‘fraud’ pemiutang.
Mahkamah turut mengambil kira keterangan bahawa pengarah dan pemegang saham Syarikat A terlibat dalam tindakan
yang mengelirukan pemiutang, termasuk perubahan papan tanda dan pemindahan perniagaan kepada Syarikat B.
Lebih penting, saksi LT Sdn Bhd memberi keterangan bahawa salah seorang individu tersebut pernah menyatakan bahawa bisnes telah dipindahkan daripada Syarikat A kepada Syarikat B supaya LT Sdn Bhd tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengutip hutang tersebut.
Keterangan ini tidak dicabar secara terus semasa perbicaraan.
Akhirnya, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan LT Sdn Bhd.
Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan, dan penghakiman dimasukkan seperti yang dipohon oleh LT Sdn Bhd. Kos juga diberikan kepada LT Sdn Bhd.
Pengajaran kes ini sangat jelas.
Kalau syarikat yang berhutang tiba-tiba menjadi dorman, tetapi bisnes yang sama seolah-olah
“hidup semula” di bawah syarikat lain yang dikawal oleh orang yang sama, jangan terus anggap
hutang itu sudah mati.
Kalau aset, pelanggan, operasi, nombor telefon, premis, logo atau identiti perniagaan
dipindahkan untuk mengelak bayaran kepada pemiutang, itu boleh menjadi isu undang-undang
yang serius.
Untuk business owner, ini bukan sekadar kisah syarikat tukar papan tanda.Ini kisah bagaimana pemiutang boleh melawan apabila struktur syarikat digunakan sebagai alat untuk lari daripada tanggungjawab.
Jadi kalau anda sedang berdepan situasi seperti:
syarikat pelanggan tidak bayar hutang,
syarikat itu tiba-tiba tutup atau dorman,
bisnes yang sama muncul di bawah syarikat lain,
orang yang sama masih mengawal operasi,
atau aset syarikat dipindahkan selepas tuntutan dibuat,
jangan terlalu cepat putus asa.
Mungkin masih ada jalan untuk tuntut.
Yang penting, bukti perlu dikumpulkan awal.
Carian syarikat.
Invoice.
Delivery order.
Surat tuntutan.
Gambar papan tanda.
Rekod komunikasi.
Bukti operasi berpindah.
Maklumat pengarah dan pemegang saham.
Dalam kes seperti ini, isu bukan sekadar “hutang belum bayar”.
Isunya mungkin lebih besar:
Adakah syarikat digunakan untuk menipu pemiutang?
Adakah pengarah cuba melepaskan diri dengan memindahkan bisnes ke entiti lain?
Adakah corporate veil boleh diangkat?
Di Liyana & Co., kami membantu pemilik bisnes menilai pilihan undang-undang apabila hutang syarikat tidak dibayar, aset dipindahkan, atau pihak yang berhutang cuba bersembunyi disebalik struktur korporat.
Sebab dalam bisnes, menang penghakiman sahaja kadang-kadang belum cukup.
Yang lebih penting ialah tahu langkah seterusnya apabila pihak yang kalah cuba mengelak
daripada membayar.