Ada yang anggap ‘contract-signing’ sekadar untuk formaliti atau ‘performative’, dan ada juga
yang sign kontrak tanpa betul-betul memahami isinya. Ada juga yang menghasilkan kontrak
tanpa benar-benar meneliti apa yang dihasilkan.
Hari ini, kami ingin kongsi sebuah kes yang melibatkan kontrak.
Dalam satu kes, dua syarikat menandatangani tenancy agreement melibatkan 14 tingkat di Menara MIF U1, Shah Alam.
Agreement pertama untuk tahun 2013 hingga 2014.
Agreement kedua untuk tahun 2015 hingga 2016.
Masalah bermula bila penyewa tidak membayar sewa seperti yang dituntut.
Bila tuan bangunan saman, penyewa berhujah:
“Tenancy agreement itu sebenarnya cuma formality.”
Menurut penyewa, bangunan itu dibeli untuk kegunaan mereka, dan pihak satu lagi hanya
memegang bangunan tersebut atas dasar trust.
Tapi mahkamah tidak terima hujah itu.
Kenapa?
Sebab tenancy agreement sudah ditandatangani secara sukarela.
Tiada dakwaan yang diplidkan bahawa agreement itu ditandatangani kerana fraud, paksaan,
duress atau misrepresentation.
Mahkamah tekankan satu prinsip penting:
Bila kontrak sudah ditulis dan ditandatangani, mahkamah akan melihat apa yang terkandung
dalam kontrak itu.
Bukan apa yang satu pihak kemudian kata, “sebenarnya niat kami lain.”
Dalam kes ini, mahkamah dapati tenancy agreement tersebut sah, mengikat dan boleh
dikuatkuasakan. Penyewa juga telah membayar deposit sewa dan utiliti yang besar, sesuatu
yang tidak selari dengan hujah bahawa agreement itu hanya formaliti.Mahkamah juga menyatakan, jika benar wujud trust atau niat khas di sebalik arrangement itu,
perkara tersebut sepatutnya direkodkan dengan jelas dalam dokumen.
Lebih-lebih lagi apabila pihak-pihak ialah syarikat dan diwakili peguam.
Pengajaran dia mudah.
Jangan sign agreement sambil fikir:
“Nanti boleh explain lain kalau jadi masalah.”
“Nanti mahkamah faham ni cuma formality.”
“Nanti boleh kata niat sebenar bukan macam dalam kontrak.”
Sebab bila sampai mahkamah, apa yang anda tandatangan itu sangat penting.
Kalau anda mahu sesuatu term dikecualikan, ditangguhkan, diberi waiver, atau dibuat atas dasar trust,
tulis dengan jelas.
Jangan simpan dalam WhatsApp.
Jangan bergantung pada verbal understanding.
Jangan assume semua orang akan ingat niat asal.
Kontrak bukan hiasan.
Ia boleh jadi perlindungan.
Ia juga boleh jadi beban.
Sebelum sign, dinasihatkan untuk teliti dahulu kontrak tersebut. Dapatkan khidmat peguam jika
anda ingin menghasilkan atau menyemak sesuatu kontrak.
#LegalMovesMonday
#ContractLaw
#TenancyAgreement
#BusinessLaw
#Liyanaandco