Skip to main content

Liyana & Co.

Syarikat Dah Kosong, Director Dah Lari.

 

Syarikat dah kosong, hutang macam gunung, director ingat poket mereka selamat.

Dalam kes ini, Silver Stone Minerals Trading Sdn Bhd (nama disamarkan) membekalkan barite

powder secara kredit kepada Maze Chem Berhad (nama disamarkan).

Pengarah syarikat didakwa tahu kewangan syarikat sudah bermasalah, tetapi masih memberi

jaminan bahawa bayaran akan dibuat.

Barang dihantar. Bayaran tidak diselesaikan.

Apabila tindakan undang-undang dimulakan, akaun syarikat dikatakan telah dikosongkan dan aset dilupuskan

sehingga pemiutang sukar mendapatkan semula wang mereka.

Syarikat itu akhirnya dilikuidasikan.

Little do they know, they can’t run away forever.

Silver Stone Minerals Trading Sdn Bhd menyaman pengarah syarikat Maze Chem Berhad secara peribadi

di bawah seksyen 540 Akta Syarikat 2016.

Mahkamah mendapati wujud unsur fraudulent trading. Para pengarah akhirnya dipertanggungjawabkan

secara bersama dan berasingan untuk membayar RM891,494.15, termasuk faedah dan kos.

 

Pengajarannya jelas:

Status Sdn. Bhd. bukan bermaksud hutang itu juga bersendirian bersama syarikat.

Kalau pengarah sudah tahu keadaan kewangan syarikat tapi masih membuat pesanan,

memberi jaminan kosong atau mengalihkan aset untuk mengelakkan pemiutang, mereka sendiri boleh dituntut.

Untuk pemiutang pula, jangan terus anggap anda hanya boleh menyaman syarikat. Dalam keadaan tertentu,

pengarah syarikat yang disaman juga boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi.

 

Rujukan kes: Silver Stone Minerals Trading Sdn Bhd v Iskandar bin Mat Salleh & Ors (bukan

nama sebenar) [2024] MLJU 1138

 

#CorporateCrimeWednesday

#LiyanaTheLawyer

#LiyanaAndCo

#SdnBhd

#HutangSyarikat

#JenayahKorporat