SOALAN : Saya telah meletakkan jawatan sebab tidak menerima bayaran gaji yang cukup mengikut kontrak.

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Soalan: Saya telah menerima layanan buruk dan tidak adil dari majikan. Akibat daripada sikap pilih
kasih, saya telah diberikan tugasan secara berlebihan dan diluar skop kerja, selain itu saya mendapati
bayaran gaji bulanan yang diterima adalah tidak sama seperti yang dijanjikan, serta tidak menerima
bayaran kerja lebih masa seperti yang tercatat di dalam kontrak pekerjaan. Akibat tidak tahan dengan layanan sedemikian, saya telah meletakkan jawatan. Adakah saya boleh mengambil tindakan terhadap majikan saya?

Jawapan: Merujuk kepada kes diatas, untuk memberikan harapan kepada anda untuk memenangi kes,
ands mesti cuba untuk membuktikan bahawa gaji yang tidak mencukupi itu adalah bertentangan dengan
apa yang telah dijanjikan dalam kontrak pekerjaan. Sebagai contoh, dalam kes Noor Hazlina Kamarudin v
Nusapetro Sdn Bhd, majikan telah mengabaikan kewajipannya untuk memenuhi tanggungjawab untuk
membayar EPF/SOCSO dan gaji bulanan pekerja untuk tempoh tertentu. Walaupun pekerja telah cuba menyelesaikan masalah ini melalui bahagian sumber manusia, ia tetap tidak berjaya. Oleh hal yang demikian, pekerja tidak mempunyai pilihan selain meletak jawatan, dan Mahkamah Perusahaan telah memutuskan bahawa tindakan majikan tersebut merupakan ‘constructive dismissal’, kerana mereka telah melanggar terma-terma penting dalam kontrak pekerjaan.

Anda masih buntu dan memerlukan nasihat pakar? Hubungi kami di talian tertera untuk mendapatkan khidmat guaman.


“Peguam & Penyelamat Anda”

https://wa.me/60123640086
https://wa.me/60123647290

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *