‘Constructive Dismissal’ atau Pemecatan secara konstruktif merujuk kepada situasi di mana pekerja terpaksa meletakkan jawatan kerana tindakan majikan yang melanggar syarat kontrak pekerjaan mereka. Pekerja mempunyai tempoh 60 hari untuk memfailkan kes di Mahkamah Perusahaan, sama ada untuk
mendapatkan semula jawatan/posisi yang dimiliki sebelum ini atau pampasan.

Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk menunjukkan pelanggaran kontrak yang jelas telah dilakukan oleh majikan, antaranya seperti pengurangan gaji, penurunan pangkat atau dipindahkan ke lokasi lain secara yang tidak adil. Alasan yang juga boleh digunakan untuk menunjukkan ‘constructive dismissal’ adalah termasuk perubahan ketara dalam tanggungjawab pekerjaan atau skop kerja.

Dalam situasi dimana pekerja berjaya membuktikan ‘constructive dismissal’ majikan perlu mengembalikan pekerja ke jawatan/posisi asal tanpa kehilangan senioriti atau menerima pampasan untuk layanan tidak adil yang dialami. Objektifnya adalah untuk melindungi pekerja daripada ditindas dan menegakkan prinsip perjanjian pekerjaan.

Khoo Ee Peng lwn Galaxy Automation Sdn Bhd [2009] 2 LNS 0656

Automation Sdn Bhd [2009] 2 LNS 656, Plaintif menuduh pengurus cawangan syarikat responden secara konstruktif telah menamatkan perkhidmatannya apabila dia menolak ajakannya yang berunsur seksual. Syarikat itu mendakwa pemecatannya adalah disebabkan tidak mengisi permohonan cuti.
Plaintif mendedahkan kejadian gangguan seksual, penarikan elaun petrolnya, dan diberikan tugas yang
tidak diingini. Selepas menyemak fakta berkaitan kes tersebut, Mahkamah Perusahaan memutuskan memihak kepada Plaintif, dengan menyatakan bahawa dia berjaya membuktikan ‘constructive dismissal’ dan bukannya telah meletakkan jawatan secara sukarela. Mahkamah memerintahkan Plaintif dikembalikan semula ke jawatan asalnya tanpa kehilangan senioriti memandangkan pengurus cawangan yang melakukan gangguan seksual telah meletakkan jawatan dan memastikan Plaintif tidak menerima gangguan seksual lagi.

Anda masih buntu dan memerlukan nasihat pakar? Hubungi kami di talian tertera untuk mendapatkan khidmat guaman.


“Peguam & Penyelamat Anda”

https://wa.me/60123640086
https://wa.me/60123647290

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *