Skip to main content

Liyana & Co.

Sign Dah. Sah ke?

 

Satu kesilapan, satu kontrak bernilai jutaan ringgit hangus begitu sahaja.

Pemilik bisnes / founder selalu fikir masalah kontrak bermula bila orang tak nak bayar.

Tapi kadang-kadang masalah sebenar bermula lebih awal:

masa kontrak itu ditandatangani tanpa semakan yang betul.

Dalam satu kes, dua syarikat masuk consortium untuk satu projek pembangunan besar di Sabah.

Kemudian salah satu pihak bersetuju untuk keluar daripada consortium.

Sebagai settlement, pihak satu lagi dikatakan perlu bayar RM5 juta.

Nampak straight forward kan?

Keluar consortium.

Settle RM5 juta.

Tunggu bayaran.

Tapi ada satu ayat penting dalam settlement tersebut.

Bayaran RM5 juta itu hanya perlu dibuat selepas “signing of a formal contract” antara pihak satu lagi dengan

SEDCO untuk projek tersebut.

Di sinilah masalah bermula.

Ada dokumen yang nampak seperti formal contract.

Tapi bila masuk mahkamah, isu besar timbul.

Salah satu dokumen penting tersalah letak pihak. Sepatutnya melibatkan SEDCO, tetapi dokumen

Conditions of Contract menamakan Government of Malaysia. Banyak klausa juga

merujuk kepada “Government”, bukan SEDCO.

Orang yang menandatangani dokumen bagi pihak SEDCO pula tidak dapat membuktikan ada

written authority untuk bind SEDCO. Mahkamah akhirnya dapati beliau tidak mempunyai kuasa

yang diperlukan untuk menandatangani bagi pihak SEDCO.

Lebih berat, wakil SEDCO sendiri memberi keterangan bahawa projek itu bukan projek SEDCO

dan SEDCO tidak ada kena-mengena dengan projek tersebut.

Akhirnya, mahkamah kata “formal contract” bukan sekadar dokumen yang nampak formal.Ia mesti kontrak yang sah dan mengikat.

Sebab itu tuntutan RM5 juta ditolak.

Pengajarannya?

Jangan sign settlement, consortium agreement, joint venture agreement atau project contract tanpa lawyer check.

Sebab satu ayat seperti “upon signing of formal contract” boleh menentukan sama ada anda layak dibayar atau tidak.

Dalam bisnes, dokumen yang nampak lengkap belum tentu melindungi anda.

Kadang-kadang yang mahal bukan legal fee.

Yang mahal ialah bila kontrak itu hanya nampak cantik, tapi tidak boleh digunakan bila sampai mahkamah.

 

Rujukan Kes: Meridien (M) Sdn Bhd v FCB Contractor (M) Sdn Bhd (Bukan Nama Sebenar)

[2019] MLJU 1285