Skip to main content

Liyana & Co.

Ditolak Kerja Sebab CTOS TAk Lepas?

 

Kali pertama ditolak kerja kerana “CTOS tak lepas”.

Isu ini tular baru-baru ini apabila seorang calon pekerjaan berkongsi bahawa permohonannya

ditolak selepas pihak HR membuat semakan CTOS.

Persoalannya, adakah seseorang yang mempunyai rekod CTOS secara automatik tidak boleh bekerja?

Jawapannya: tidak semestinya.

Majikan boleh menjalankan proses screening terhadap calon pekerja, tetapi semakan tersebut

perlu dibuat secara wajar dan relevan dengan jawatan yang dipohon.

Sebagai contoh, bagi jawatan yang melibatkan pengurusan wang syarikat, akaun, procurement,

kelulusan bayaran, dana pelanggan atau maklumat kewangan sensitif, majikan mungkin

mempunyai alasan munasabah untuk membuat semakan tambahan.

Namun begitu, semakan kredit tidak sepatutnya dibuat secara sembarangan atau dijadikan

syarat umum untuk semua jawatan.

Laporan kredit ialah maklumat peribadi seseorang. Ia boleh menunjukkan sejarah pembayaran,

pinjaman tertunggak, status kebankrapan atau judgment tertentu. Oleh itu, calon pekerja wajar

dimaklumkan terlebih dahulu tentang tujuan semakan tersebut.

Majikan juga sepatutnya mendapatkan consent yang jelas sebelum membuat semakan.

Calon perlu tahu:

apa yang akan disemak,

mengapa semakan itu diperlukan,

siapa yang akan mengakses maklumat tersebut,

dan bagaimana maklumat itu akan digunakan.

Pada masa yang sama, majikan perlu berhati-hati daripada menilai seseorang semata-mata berdasarkan rekod kredit.

Masalah kewangan boleh berlaku atas pelbagai sebab.

Kehilangan kerja.

Masalah keluarga. Kecemasan kesihatan.

Kegagalan bisnes.

Atau keadaan hidup yang berada di luar kawalan seseorang.

Rekod kredit yang tidak sempurna tidak semestinya bermaksud seseorang itu tidak jujur, tidak mampu bekerja,

atau tidak layak diberi peluang.

Soalan yang lebih penting ialah:

Adakah rekod kredit itu benar-benar berkaitan dengan nature of work yang dipohon?

Jika jawatan tersebut mempunyai risiko kewangan yang jelas, semakan mungkin lebih mudah untuk dijustifikasikan.

Tetapi jika jawatan tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan kewangan, majikan perlu lebih berhati-hati

sebelum menjadikan CTOS sebagai alasan utama untuk menolak calon.

Bagi calon pekerja pula, anda berhak untuk bertanya:

“Mengapa semakan CTOS diperlukan untuk jawatan ini?”

“Apakah maklumat yang akan diperiksa?”

“Adakah saya diberi peluang untuk memberi penjelasan?”

Dalam proses pengambilan pekerja, majikan memang berhak melindungi kepentingan syarikat.

Namun, calon pekerja juga berhak dilayan secara adil, telus dan profesional.

Screening itu penting.

Tetapi screening tanpa batas boleh membuka ruang kepada isu undang-undang.