Skip to main content

Liyana & Co.

Disuruh Resign, atau Dibuang?

 

Biasa kita dengar, pekerja kena ‘cold storage’ untuk dipaksa resign.

Tetapi, ini berlaku di sebaliknya. 🤔

Dalam satu kes Industrial Court, seorang pekerja senior sudah berkhidmat lebih kurang 27 tahun dengan syarikat.

Bukan 2 tahun.

Bukan 5 tahun.

27 tahun.

Beliau bermula sejak 1992 dan sepanjang kerjayanya, pernah pegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat.

Di hujung kerjayanya, beliau berada di posisi General Manager.

Masalah bermula apabila beliau diberi peranan baharu dalam Sales Operations.

Bahagian itu sendiri dikatakan sudah lama ada masalah prestasi.

Dalam bahasa mudah, beliau masuk ke tempat yang memang sudah “sakit”.

Tugas beliau bukan sekadar buat kerja biasa.

Beliau diminta bantu pulihkan bahagian tersebut.

Tetapi baru beberapa bulan dalam role itu, beliau sudah diletakkan bawah Performance Improvement Plan atau PIP.

PIP ini sepatutnya bantu pekerja improve.

Beri masa yang munasabah.

Bagi target yang jelas.

Dan paling penting, target itu mesti adil serta selari dengan tugas sebenar pekerja.

Tetapi dalam kes ini, mahkamah lihat PIP itu sebagai tidak adil.

Kenapa?

Sebab beliau baru sahaja ambil role baharu.

Job description pun hanya diberikan selepas KPI dibincangkan.Target PIP pula tidak selari dengan peranan

beliau sebagai General Manager.

Ada target yang lebih sesuai untuk subordinate, bukan beliau.

Lepas itu, goalpost pula berubah.

Di hujung proses PIP, beliau dikenakan target RM10 juta, sedangkan target asal sekitar RM9.3 juta.

Beliau sudah capai lebih kurang RM8 juta, iaitu sekitar 87% daripada target asal.

Tetapi tetap dikatakan gagal.

PIP itu juga berlangsung sekitar 5 minggu sahaja.

Mahkamah kata, tempoh itu terlalu singkat.

Bukan macam peluang sebenar untuk pekerja improve.

Kemudian, selepas beliau dikatakan gagal PIP, beliau diberi pilihan:

Resign.

Atau berdepan dismissal.

Menurut beliau, kalau resign, reputasi dan manfaat perkhidmatan masih boleh diselamatkan.

Kalau tidak, beliau akan diberhentikan.

Lihat,

selepas 27 tahun bekerja, tiba-tiba seseorang pekerja diletakkan dalam keadaan di mana resignation nampak

seperti satu-satunya jalan untuk selamatkan maruah dan rekod kerja.

Mahkamah akhirnya tidak melihat resignation itu sebagai resignation biasa.

Mahkamah kata, ini forced resignation.

Dalam undang-undang pekerjaan, kalau pekerja “resign” sebab diberi pilihan resign atau

dibuang kerja, resignation itu boleh dianggap sebagai dismissal.

Dan dalam kes ini, mahkamah dapati dismissal itu berlaku tanpa just cause or excuse.

Jadi ini bukan kisah cold storage klasik.

Bukan kisah pekerja dibiarkan kosong.

Bukan kisah pekerja dipinggirkan sampai dia resign.

Ini kisah lain.

Ini kisah pekerja senior diberi role susah, diberi masa pendek, dimasukkan ke PIP yang mahkamah lihat tidak adil,

kemudian ditekan untuk resign selepas dikatakan gagal.

Akhirnya, mahkamah perintahkan syarikat bayar RM492,844.20 kepada pekerja tersebut,

tertakluk kepada potongan statutori.

Pengajarannya?

PIP bukan tiket automatik untuk buang pekerja.

PIP mesti genuine.

Mesti fair.

Mesti beri peluang sebenar untuk pekerja improve.

Kalau PIP hanya digunakan sebagai jalan cantik untuk menolak pekerja keluar, mahkamah

boleh nampak.

Dan resignation pun bukan semestinya resignation.

Kadang-kadang atas kertas nampak macam pekerja resign.

Tapi dari segi realiti, dia sebenarnya dipaksa pergi.

 

Anda mengalami situasi sedemikian? Dapatkan nasihat peguam bersama kami hari ini.

Tekan link di bio atau Whatsapp kami di 012 364-0086 untuk mendapatkan slot.

 

Rujukan kes: Tanveer a/l Suresh Subramaniam v Futura Xpress Asia Pacific Pte Ltd (Bukan

Nama Sebenar) [2025] ILJU 391

#Unfairdismissal

#HakPekerja

#AktaBuruh

#TuntutanSivil