SCAMMER BERLINDUNG DI SEBALIK COMPANY

Sharing :

SCAMMER BERLINDUNG DI SEBALIK COMPANY

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Siang tadi ada beberapa orang telah hadir ke pejabat saya untuk sesi konsultasi selama 30 minit. 

Antara isu yang mereka minta nasihat saya adalah jika ada scammer yang telah membuka sebuah company, adakah scammer ini akan terlepas dari liabiliti disebabkan menggunakan company ini sebagai pelindung? 

Hohho, di sini saya Nampak betapa orang ramai mungkin boleh tersalah faham jika ada scammer tubuhkan company rm100 hanya untuk Nampak gah dan  hebat dan minta mangsa-mangsa mereka bank in duit di atas nama company tersebut, adakah mereka boleh berlindung di sebalik company acah-acah ini dan melarikan diri dari tuntutan keadilan? 

Mari saya kongsi mengenai kes Tradewinds Properties Sdn Bhd v Z [2019] 1 MLJ 421 

Di dalam kes ini, Tradewinds pada awalnya hanya menyaman encik A dan syarikat B untuk mendapatkan semula hutang. Encik A merupakan pengarah tunggal syarikat B. Pihak-pihak telah menandatangani penghakiman persetujuan tetapi masalah timbul apabila Encik A dan syarikat B gagal membayar jumlah baki di bawah perjanjian persetujuan tersebut. 

Tradewinds kemudian mendapati bahawa ada sebuah lagi Syarikat iaiatu syarikat C yang telah diperbadankan oleh Encik A selepas saman tersebut difailkan dan sebelum penghakiman persetujuan dimasuki. 

Syarikat B kemudiannya meluluskan resolusi untuk membuat syarikat C sebagai penerima yuran perundingan yang sebenarnya dibayar kepada syarikat B oleh pihak ketiga. Kira sebenarnya, encik A ni dia ada buat khidmat konsultasi, jadi encik A tubuhkan syarikat B untuk menerima bayaran-bayaran konsultasi ini dari pihak-pihak lain. 

Tradewinds kemudian memfailkan guaman berasingan terhadap ketiga-tiganya bagi pengisytiharan bahawa encik A telah menjalankan perniagaan syarikat B dengan niat untuk menipu Tradewinds sebagai pemiutangnya; 

 

bahawa, menurut undang-undang s 304 Akta Syarikat 1965, maka encik A harus secara peribadi bertanggungjawab untuk membayar Tradewinds jumlah baki hutang tersebut, atau ; sebagai alternatif, syarikat B dan syarikat C perlu diarahkan secara bersama dan berasingan bertanggungjawab untuk membayar jumlah baki. 

Pada awalnya Tradewinds telah kalah dan membuat rayuan ini di Makamah Rayuan. Dalam rayuan ini, Tradewinds berpendapat bahawa keterangan menunjukkan bahawa nilai pendapatan masa depan syarikat B yang diberikan kepada syarikat C melalui resolusi, adalah lebih daripada RM2.3 juta dan 

ditambah dengan fakta bahawa syarikat B kemudiannya menjadi syarikat dorman adalah cukup, dengan sendirinya, untuk mewujudkan niat untuk menipu. Tradewinds berpendapat bahawa hakim bicara patut menyingkap tirai korporat kerana keterangan menunjukkan bahawa semua responden telah beroperasi sebagai unit tunggal di bawah kawalan penuh encik A. 

Diputuskan, membenarkan rayuan, dan memerintahkan encik A dan syarikat C bersama dan secara berasingan bertanggungan membayar Tradewinds jumlah baki sebanyak RM796,000 dengan faedah pada 5% setahun dari 8 Mac 2013 sehingga pembayaran penuh. 

Dalam kes ini, telah Berjaya dibuktikan di bawah Akta Syarikat 1965 (kini Akta Syarikat 2016) bahawa syarikat C telah ditubuhkan dengan niat untuk menipu Tradewinds untuk mengelakkan pembayaran. 

Piercing the corporate veil adalah nama prinsip perundangan ini dan sudah lama ada tapi tak ramai diketahui umum. 

Of course lah, sebab itu anda perlu mendapatkan nasihat konsultasi guaman dengan peguam yang bertauliah. Jika Google takkan kemana sangat apabila ada timbul soal rumit sebegini. 

Moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law. 

Sekian, 

-Liyana the Lawyer- 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *