Tanggungjawab anda sebagai pengarah syarikat.

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

Adakah anda peka dengan tanggungjawab anda sebagai pengarah syarikat mengikut undang-undang di Malaysia? Jika anda memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat anda, anda perlu menjalankan tanggungjawab mengikut seksyen 213 Akta Syarikat 2016, di mana anda mesti menjalankan tanggungjawab dengan suci hati demi kepentingan syarikat. Selain itu, pengarah syarikat juga mestilah menjalankan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sebagai seorang pengarah dengan munasabah dan apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan yang hakikatnya ada pada seorang pengarah. 

Selain itu, seksyen 214 (1) (a) dan (b) Akta Syarikat 2016 juga menyatakan bahawa seorang pengarah dalam membuat pertimbangan perniagaan juga perlu mesti membuat pertimbangan itu dengan suci hati dan tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam pertimbangan perniagaan tersebut. 

Tanggungjawab-tanggungjawab yang lain juga dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016 seperti memastikan syarikat mengekalkan rekod perakaunan yang betul dan mendedahkan jika ada konflik kepentingan dalam syarikat.

Pengarah syarikat melanggar tanggungjawab? Apa nak kena buat?

Kalau pengarah di syarikat anda melanggar tanggungjawab, syarikat atau pemegang saham boleh membawa tuntutan sivi di Mahkamah terhadap pengarah untuk mendapatkan pampasan kewangan bagi sebarang kerugian yang dialami akibat tindakan pengarah yang tidak bertanggungjawab. 

Seksyen 347 Akta Syarikat 2016 membenarkan pengadu untuk memulakan sesuatu prosiding jika terdapat pelanggaran hak dan tanggungjawab di dalam syarikat. 

Pengarah juga mungkin dikehendaki membayar pampasan kepada mana-mana pihak ketiga yang telah mengalami kerugian akibat pelanggaran tersebut. Jumlah ganti rugi yang diberikan bergantung pada jenis dan tahap pelanggaran dan kerugian yang dialami.

Apakah perbezaan pengarah syarikat dan pemegang saham?

Pengarah syarikat dan pemegang saham mempunyai liabiliti terhadap syarikat yang berbeza. Pengarah syarikat mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat, manakala pemegang saham tiada tanggungjawab fidusiari tersebut. Pengarah syarikat juga boleh dikenakan tindakan tertentu jika melanggar tanggungjawab mereka dan dipertanggungjawabkan secara peribadi atas pelanggaran tersebut,, sebaliknya pemegang saham biasanya tidak dipertanggungjawabkan secara peribadi untuk hutang syarikat.

Anda nak saman syarikat?

Anda nak saman syarikat? Sebelum anda nak saman syarikat, anda perlu tahu beberapa perkara iaitu anda perlu tahu jenis syarikat tersebut sama ada syarikat itu syarikat sendirian berhad, berhad ataupun milikan tunggal. Anda juga perlu pastikan syarikat tersebut wujud dan masih aktif. Akhir sekali, jangan lupa dapatkan nasihat guaman sebelum mulakan tindakan saman supaya anda tidak tersilap langkah. 

Kenapa anda perlu tahu jenis syarikat sebelum memulakan tindakan saman? Hal ini untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam meletakkan pihak di dalam saman anda. Jika anda ingin menyaman syarikat

Konflik dalam syarikat keluarga?

Kes Ying v Cheong [2010] telah diputuskan di Mahkamah di mana Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif. Dalam kes ini Plaintif merupakan wasi harta pusaka mendiang suaminya yang merupakan pengarah kepada syarikat keluarga. Defendan-defendan lain merupakan adik-beradik Plaintif yang memegang amanah untuk mereka atau anak-anak mereka. Suami Plaintif semasa hayatnya adalah pemegang saham majoriti walau bagaimanapun, D2 telah mengumpukkan 157,579 saham para tara RM1. Akibat daripada terbitan 157,579 saham dan perumpukan tambahan ini, pegangan saham suami Plaintif dalam syarikat telah dikurangkan kepada lebih kurang 42%. Oleh itu, dia tidak lagi mempunyai kawalan majoriti dalam syarikat itu. Plaintif mengatakan bahawa tujuan terbitan dan perumpukan saham adalah untuk melemahkan kawalan majoriti suami nya ke atas syarikat. Plaintif dengan itu memohon deklarasi bahawa perumpukan 157,579 saham telah melanggar kewajipan fidusiari pengarah-pengarah dan oleh demikian menyalahi undang-undang; dan bahawa perumpukan tersebut patut diisytiharkan terbatal dan tidak sah. 

Mahkamah menyatakan apabila lembaga pengarah memutuskan untuk memperuntukkan dan mengeluarkan saham kepada pemegang saham lain dengan memanfaatkan dividen untuk menggunakan dividen suami Plaintif untuk menolak pinjaman yang diambil oleh Plaintif, lembaga pengarah. terdiri daripada defendan tidak bertindak bona fide. Lembaga Pengarah tahu bahawa dengan berbuat demikian pegangan saham suami Plaintif dalam syarikat itu akan dikurangkan atau dicairkan. Ia akan menjadikan kawalan majoritinya sebanyak 52% kepada kira-kira 42%.

Hukuman terhadap pelanggaran tanggungjawab fidusiari oleh pengarah syarikat.

Sekiranya anda seorang pengarah syarikat dan anda tidak menjalankan tanggungjawab fidusiari dengan betul, anda boleh dikenakan hukuman seperti berikut: 

1. Denda / Kompaun 

2. Penyingkiran daripada menjadi pengarah syarikat 3. Pembekuan akaun syarikat 

Anda ada masalah dalam syarikat?

Adakah anda sedang dibelenggu masalah di dalam syarikat anda? Perlukan nasihat dari segi undang-undang? Atau anda nak bawa tindakan ke Mahkamah? Hubungi kami untuk set temu janji bersama peguam-peguam kami. Peguam-peguam kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

“Peguam & Penyelamat Anda” 

Hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *