Skip to main content

Liyana & Co.

“Saya tak sebut nama pun.” Kena Saman Fitnah Juga?

 

Apabila kita bincang pasal saman fitnah atau defamation, orang ramai masih anggap bila nama atau gambar terpampang,

baru boleh ambil tindakan. 🤔

Admin nak pesan, jangan lupa ‘innuendo’ yang bermaksud sindiran halus, kiasan, atau maksud tersirat di

sebalik kenyataan yang tidak menyebut secara obvious.

Ini antara benda yang ramai orang selalu salah faham bila bercakap pasal saman fitnah.

Dalam satu kes, beberapa posting dibuat di Facebook, Instagram dan satu laman web.

Semua posting itu bercakap tentang “leader” dalam satu business network.

Nama? Tidak ada. Gambar? Nope, tiada.

Tapi satu posting ada sebut pasal seorang leader yang pernah buat kempen bantuan banjir.
Dan dekat situlah yang membuka ‘innuendo’.

Sebab walaupun nama tak ditulis, orang yang kenal individu tersebut memang tahu siapa yang dimaksudkan.

Court terima bahawa posting itu cukup untuk identify plaintif pertama.

Posting tersebut bagi gambaran seolah-olah leader itu ambil kesempatan daripada mangsa banjir untuk buat keuntungan.

Court dapati maksud itu memang defamatory sebab ia boleh buat orang nampak beliau sebagai opportunistic,

pentingkan diri dan tak ikhlas.

Defendant cuba bergantung pada justification dan fair comment.

Tapi kedua-duanya tak berjaya.
Kenapa?

Sebab kalau nak kata tuduhan itu benar, kena ada bukti yang betul-betul support tuduhan tersebut.
Dalam kes ini, evidence menunjukkan kempen bantuan itu memang dibuat untuk bantu mangsa banjir

dan tiada paksaan untuk orang sertai.

Akhirnya, Court award RM30,000 damages kepada plaintif pertama, selain RM25,000 costs.

So bila buat posting pasal seseorang, jangan terlalu yakin dengan ayat:
“Saya tak sebut nama pun.”

Dalam defamation, nama anda tidak perlu disebut pun, cukup pembaca boleh faham itu adalah anda.

Kalau context cukup jelas sampai orang yang kenal dia boleh faham siapa yang dimaksudkan, itu pun boleh dijadikan asas untuk saman fitnah.

 

Perlukan khidmat peguam untuk urusan berkaitan saman fitnah? Hubungi kami untuk mendapatkan slot konsultasi

melalui link di bio.

#Liyanaandco
#Defamation
#Innuendo
#SamanFitnah
#MahkamahSivil