Skip to main content

Liyana & Co.

Boleh Ke Terminate Pekerja Contract Sesuka Hati?

 

Business owners, sebelum terminate pekerja atas apa juga sebab, make sure anda baca semula contract dan ikut cara yang betul.

Dalam satu kes di Court of Appeal, seorang pakar ortopedik dilantik di sebuah hospital melalui fixed-term contract selama 3 tahun. Dari sudut undang-undang, beliau bukan employee, tetapi independent contractor di bawah satu consultant agreement.

Sebelum tempoh kontrak tamat, pihak hospital menamatkan agreement itu lebih awal selepas clinical privileges beliau tidak diperbaharui. Masalahnya, alasan tersebut tidak termasuk dalam syarat early termination yang dinyatakan dalam klausa kontrak mereka yang bernama ‘Clause 8.1’.

Court of Appeal tekankan bahawa kalau contract sudah tetapkan bila dan bagaimana sesuatu agreement boleh ditamatkan, syarat itu perlu dipatuhi dengan ketat.

Dalam kes ini, Clause 8.1 hanya membenarkan early termination apabila salah satu keadaan tertentu berlaku. Non-renewal of clinical privileges bukan salah satu daripadanya. Sebab itu, termination tersebut diputuskan sebagai UNLAWFUL.

Satu lagi point penting: bila contract sudah ditulis dengan jelas, satu pihak tak boleh sesuka hati menambah alasan yang baru.

Court juga nyatakan bahawa sebarang ambiguity dalam clause tersebut perlu dibaca terhadap pihak yang menyediakan contract itu sendiri.

Untuk business owner, ini sebenarnya sangat practical.

Sebelum terminate seseorang, semak dulu:

Adakah alasan termination itu memang dibenarkan dalam contract?
Adakah notice period dipatuhi?
Adakah prosedur yang ditulis dalam agreement sudah diikuti?
Dan kalau ada clause tertentu, adakah tindakan kita benar-benar jatuh dalam clause tersebut?

Sebab bila termination dibuat di luar apa yang dipersetujui, syarikat boleh terdedah kepada tuntutan breach of contract dan compensatory damages. Dalam kes ini, Court membenarkan penilaian pampasan berdasarkan kerugian pendapatan untuk baki tempoh kontrak tersebut.

Dan sebab itu contract harus dibuat dengan betul, dan disemak oleh bahagian undang-undang atau peguam.

#ConstructiveDismissal
#EmploymentLaw
#AktaKerja
#LiyanaAndCo