Buka Threads, macam-macam tuduhan dan kecaman kita baca setiap hari.
Tapi hati-hati.
Kalau yang ditulis itu fitnah, bukan sekadar post yang kena delete.
Dompet pun boleh kena ‘delete’ sekali.
Dalam satu kes baru-baru ini, seorang wanita diserang melalui beberapa video TikTok
dan TikTok Live.
Antara tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sangat berat.
Dituduh melakukan zina.
Dituduh menghantar gambar dan video lucah.
Dituduh dengan kata-kata yang menyerang maruah dan moral dirinya.
Pihak yang membuat tuduhan cuba berhujah bahawa mereka hanya membalas provokasi.
Katanya, mereka diprovok semasa live.
Tapi mahkamah tidak terima begitu sahaja.
Sebab dalam undang-undang fitnah, marah bukan lesen untuk menuduh seseorang
dengan perkara yang berat.
Provokasi bukan tiket untuk panggil orang penzina.
Bergaduh di media sosial bukan alasan untuk sebarkan tuduhan seksual tanpa bukti.
Mahkamah juga tegaskan satu perkara penting:
Viral tidak semestinya reputasi anda tidak rosak.
Followers naik tidak bermaksud maruah tidak tercalar.
Kadang-kadang orang follow bukan sebab kagum.
Kadang-kadang orang follow sebab mahu tengok drama.
Dalam kes ini, mahkamah dapati tuduhan tersebut adalah fitnah.Akhirnya, pihak yang difitnah menang.
Mahkamah award RM180,000 sebagai damages, selain perintah untuk padam kenyataan fitnah,
berhenti menyebarkan tuduhan, dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pengajarannya mudah.
Sebelum tulis sesuatu tentang orang lain, tanya diri dulu:
Ada bukti?
Atau sekadar marah?
Sebab kalau tuduhan itu salah, “saya cuma luah perasaan” mungkin tidak cukup untuk selamatkan anda.
Dan kalau anda pula yang difitnah, jangan hanya screenshot dan menangis diam-diam.
Dapatkan nasihat guaman.
Ingat, nama baik anda itu PENTING.
Rujukan kes: Nadia Sofea bt Bahar v Safira Nur Sabrina bt Syamsudin & Anor (Bukan Nama
Sebenar) [2026] MLJU 466