Didakwa Dua Tuduhan Merogol Tetapi Bebas Tuduhan

Sharing :

Didakwa Dua Tuduhan Merogol Tetapi Bebas Tuduhan

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Perkongsian hari ini adalah mengenai kes PP. Lwn. Mahathir Abu Bakar di mana Mahathir (Tertuduh), telah disabitkan dengan dua pertuduhan yang berbeza iaitu:- 

 

  1. Seksyen 109/Seksyen 376 Kanun Keseksaan (‘pertuduhan pertama (pindaan)’), di mana Mahathir telah dituduh bersubahat dengan seorang bernama ‘Ayie’ untuk merogol Mangsa dan dijatuhkan 6 tahun penjara mulai dari tarikh tangkap.; Kertas Pertuduhan adalah seperti berikut:- 

 

“Bahawa pada 1.1.2014 jam lebih kurang 3.15 petang di dalam rumah no. 303-11, Kampung Belat Raja, Jalan Tambun Tulang, Dalam Daerah Arau, dalam Negeri Perlis, Mohamad Fadhli Bin Sabu (‘Ayie’) (No kad pengenalan: xxx] telah melakukan rogol ke atas Mangsa berumur 19 tahun di mana Mohamad Fadhli Bin Sabu (‘Ayie’) telah melakukannya tanpa kerelaan Mangsa, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat melakukan perbuatan tersebut di mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan kamu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama s. 376 Kanun itu.” 

 

  1. Seksyen 375A Kanun Keseksaan (‘pertuduhan kedua’)), di mana Mahathir telah menyebabkan ketakutan kecederaan ke atas isterinya dan kesalahan yang boleh dihukum. Kertas Pertuduhan adalah seperti berikut:- 

 

“Bahawa pada 1.1.2014 jam lebih kurang 3.15 petang di dalam rumah no. 303-11, Kampung Belat Raja, Jalan Tambun Tulang, Dalam Daerah Arau,dalam Negeri Perlis, dalam satu perkahwinan yang sah telah menyebabkan ketakutan kecederaan ke atas isteri kamu xxx (No kad pengenalan: xxx)  

untuk mengadakan persetubuhan dengannya, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 375A Kanun Keseksaan.” 

 

Pada awalnya, Tuan Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman ke atas Mahathir bagi pertuduhan pindaan (pertama) penjara 6 tahun mulai tarikh tangkap (1 Januari 2014) dan pertuduhan kedua hukuman penjara satu tahun melalui tarikh tangkap (1 Januari 2014). 

 

Untuk Pertuduhan pertama, Mahathir dilepaskan dan dibebaskan apabila pihak pendakwaan gagal menyatakan cara subahat yang dilakukan oleh Mahathir tersebut dan ini menjadikan kes pendakwaan tersebut cacat. 

 

Pihak pendakwaan bergantung pada penglibatan Mahathir dengan cara niat membantu ‘Ayie’ merogol mangsa. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Ayie selaku perogol utama telah merogol mangsa bagi membolehkan Mahathir dituduh secara bersubahat dengan niat membantu Ayie.  

 

Tambahan lagi, pihak pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa keterangan berkaitan dengan kesalahan ‘Ayie’ untuk membuktikan bahawa dia telah merogol mangsa, yang menjadi asas pertuduhan subahat Mahathir. 

 

Setelah mendengar rayuan daripada Mahathir di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah membebaskan Mahathir dari tuduhan pertama. Dan untuk pertuduhan kedua, Mahkamah memutuskan hukuman penjara satu tahun dari tarikh tangkap tersebut digantikan hukuman penjara 4 tahun mulai tarikh tangkap. 

 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih faham tentang elemen-elemen dan beban pembuktian yang perlu dipenuhi dalam sabitan kes jenayah dimana ianya bukanlah mudah dan dipandang ringan oleh Hakim Yang Bijaksana lagi-lagi jika ianya melibatkan jenayah rogol. 

 

Liyana the Lawyer-  

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *