Sharing :

Difitnah Di Blog, Mangsa Menang RM600,000!

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Hari ini saya akan berkongsi mengenai kes fitnah di Blog antara Tong Seak Kan (Tong) & Loke Ah Kin (Loke). Dalam kes ini, Tong ialah ahli perniagaan terkemuka dan bersama isterinya, telah mebuat tuntutan Saman Fitnah terhadap Loke disebabkan kenyataan-kenyataan fitnah yang memalukan di Blog. 

 Antara kenyataan fitnah yang dibuat terhadap Tong & Isterinya adalah:  

(1) He is a double-faced husband and businessman. 

 (2) He has numerous extra marital affairs. 

 (3) He is a gangster and wanted by the Malaysian police. 

(4) Even though he is a macho gangster he is impotent, unable to sustain an erection and has low sperm count. 

(5) His ‘dick’ refuses to work the way it is supposed to work. 

 (6) He is not the father of the child that his present wife gave birth to in May 2010, spiced up with the sarcasm: “Is Isabel the mother? YES. Is Tong Seak Kan the father? HAHAHAHA!!!!!!”.  

Loke telah menyiarkan kenyataan-kenyatan fitnah ini di dua laman web Google Blogspot. Tong telah memfailkan tindakan yang disebut tindakan John Doe di Mahkamah Tinggi California terhadap Google untuk mengesan siapakah pemilik akaun Blog tersebut. Mematuhi perintah Mahkamah, Google menelusuri blog ke dua alamat IP (Internet Protocol) yang dinyatakan oleh Telekom Malaysia Bhd sebagai alamat IP milik akaun Loke. 

 Hakim menggunakan anggapan di bawah seksyen 114A Akta Keterangan bahawa setelah dikenalpasti bahawa seseorang adalah pemilik akaun dimana kenyataan fitnah itu telah disiarkan, beban terletak kepada Loke untuk membuktikan sebaliknya kepada Mahkamah bahawa dia bukan orang yang memuat naik kenyataan fitnah. 

 Mahkamah mendapati bahawa tidak ada sedikit bukti yang dihasilkan oleh Loke bahawa dia bukan orang yang memuat naik kenyataan fitnah tersebut. 

Loke telah diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM600,000 kepada Tong & Isterinya. 

Sekian,  

Liyana the Lawyer