Sharing :

DIBUANG KERJA KERANA SALES TERUK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua, 

Pada hari ini saya nak berkongsi tentang kes antara Yong Chee Shoon V Convex Dynamics Sdn Bhd dan no kes: 15/4-415/19 

Penuntut adalah seorang Pengurus jualan yang dilantik pada 01.08.2016 dengan gaji sebanyak RM 5,000 sebulan dan di sahkan jawatannya pada 1.3.2017. 

Penuntut diberi amaran daripada majikan melalui surat pada 3.4.2018 mengatakan bahawa penuntut gagal untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh syarikat. 

Seterusnya, majikan telah menghantar surat bertarikh 8.8.2018 menyatakan bahawa majikan akan mengurangkan gaji penuntut dari RM 5,000 kepada RM 3,000 beserta elaun pengangkutan dari RM 1,500 kepada RM 600 bermula tarikh 1.8.2018. Penuntut menyatakan bahawa pihak majikan tidak bersemuka dengannya untuk berbincang tentang prestasi kerjanya. 

 

Penuntut telah membalas email tersebut pada 14.8.2018 kepada ketua bahagian jualan tentang ketidakpuashatian penuntut terhadap majikan. Penuntut telah memberikan masa 5 hari waktu bekerja untuk meletakkan semula gajinya kepada yang asal atau penuntut akan meletakkan jawatan. 

 

Majikan telah menolak tawaran penuntut, Penuntut telah menghantar emel perletakkan jawatan bertarikh 23.8.2018 kepada majikan. Penuntut mendakwa kelakuan Syarikat adalah amat buruk dan tidak adil. 

 

Majikan mendakwa penuntut memegang jawatan “senior” dan telah ditugaskan pada bahagian Jualan. Majikan menyatakan bahawa, Jualan penuntut telah jatuh merudum sebanyak 400% dan majikan telah meminta penuntut untuk meningkatkan jualannya. Penuntut telah gagal meningkatkan jualannya dan telah menerima surat dari majikan bertarikh 3.4.2018 terhadap prestasinya. 

 

Seterusnya, Majikan juga menyatakan bahawa penuntut menerima surat amaran dari majikan tanpa aduan atau bantahan. Menurut majikan juga, pakej imbuhan yang diberikan kepada penuntut adalah lebih berbanding sebelum ini kerana pihak majikan telah menetapkan skim komisen baru kepadanya.

 

KEPUTUSAN MAHKAMAH . Mahkamah menetapkan bahawa Penuntut telah meletakkan jawatan secara rela tanpa paksaan daripada pihak majikan. Penuntut juga gagal mengemukakan bukti yang penuntut telah dipecat daripada syarikat. Tuntutan pihak menuntut adalah dengan ini ditolak.  Side note: kalau dah berada dalam bidang sales, memang jelas sekali pekerja ada KPI jualan syarikat yang patut dipatuhi.  

 

Sekian, moga memberi manfaat