Sharing :

ACCOUNT MANAGER DIPECAT DAPAT RM25,800 KERANA MAJIKAN LANGGAR KONTRAK

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, 

Pada hari ini saya nak berkongsi tentang kes 20/4 – 2485/2018 antara A A v Celcom Mobile Sdn Bhd. Kes ini berkisar tentang pekerja yang telah dipecat kerana majikan langar kontrak. 

Penuntut dilantik sebagai Pengurus Akaun untuk tempoh dua tahun bermula dari 7 mac 2016 sehingga 6 mac 2018 dengan gaji sebanyak RM 4,300.00 sebulan. Pada 27 mac 2018, dia menerima kontrak tambahan 3 bulan yang berkuatkuasa dari 7 mac 2018 hingga 30 june 2018. 

Penuntut menerima emel bertarikh 15 may 2018 yang menyatakan bahawa prestasi kerja penuntut tidak mencapai tahap yang memuaskan oleh syarikat dan dia telah diletakkan di bawah “PERFORMANCE IMPROVEMENT PLAN” (PIP) untuk meningkatkan prestasi kerja Penuntut.  

Menurut penuntut pada 29 Jun 2018, beliau telah menerima surat daripada syarikat mengatakan tarikh akhir pekerjaan beliau iaitu 30 Jun 2018.  

Penuntut mendakwa dia telah menerima emel pada 25 may 2018 menyatakan beliau telah lulus penilaian kerja dan telah disahkan untuk menjadi pekerja tetap dengan kenaikkan gaji dari RM4,300.00 kepada RM6,300.00 sebulan. Pada tarikh 29 Jun 2018, dia telah diberi email pemecatannya dan tidak diberitahu sebab pemecatan tersebut.  

Majikan menyatakan bahawa penuntut tahu bahawa pekerjaan beliau adalah “FIXED TERM CONTRACT”. Penuntut telah menandatangi kontrak tersebut tanpa bantahan dan dia tidak boleh membantah sekiranya penuntut dipecat tanpa sebab. 

Keputusan Mahkamah:  

Mahkamah memutuskan bahawa terdapat pemecatan kerja tanpa sebab dan alas an yang munsabah dan Pihak majikan perlu membayar Penuntut sebanyak RM 25,800. 

Kiraan award:- 

  1. a) Tiga bulan gaji kebelakang : 3 X RM4,300 = RM 12,900 
  2. b) Tiga bulan Pampasan: 3 X RM 4,300 = RM 12,900 

Jumlah = RM 25,800 

Majikan perlu membayar terus kepada penuntut dari tarikh 30 hari award ini diperturunkan. 

Nota kaki: majikan perlu betul-betul mengetahui apakah implikasi setiap emel yang dikeluarkan kepada pekerja tentang pengesahan status pekerja kepada permanent . 

Sekian, moga bermanfaat, 

-Liyana the Lawyer-