Liyana & Co.

Takkan Kena

Ramai orang melangkah dengan satu kepercayaan yang sangat berbahaya — aku takkan kena. Mereka fikir selagi niat tak jahat, selagi cerita boleh disusun cantik, semuanya boleh selesai. Tapi undang-undang tak beroperasi atas sangkaan atau niat semata-mata. Ia bergerak atas bukti, fakta dan kesan perbuatan. Bila sesuatu sudah berlaku, ayat “saya tak tahu” atau “saya tak […]

Masa Sesuai Dapatkan Nasihat Undang-Undang

Nasihat undang-undang tidak seharusnya diperoleh hanya apabila pertikaian telah memuncak. Tanda-tanda awal seperti ketidaktelusan kewangan, kelewatan berterusan, sekatan akses, atau perubahan cerita perlu diberi perhatian serius. Mendapatkan pandangan undang-undang lebih awal bertujuan untuk melindungi kedudukan dan hak sebelum keadaan menjadi terlalu rumit untuk diperbetulkan.

Ketiadaan Dokumen Tingkatkan Risiko

Banyak pertikaian kewangan menjadi rumit bukan kerana ketiadaan hak, tetapi kerana ketiadaan dokumen sokongan. Undang-undang beroperasi berdasarkan bukti bertulis, rekod transaksi, dan tindakan yang diambil pada peringkat awal. Tanpa perjanjian atau rekod yang jelas, pihak yang terlibat terpaksa bergantung kepada andaian dan kepercayaan semata-mata, yang jarang memihak kepada mereka di mahkamah.

Ugutan Sebagai Kesalahan Undang-Undang

Ugutan, termasuk ancaman untuk mendedahkan aib atau menyebarkan maklumat peribadi, bukan sekadar isu emosi atau konflik peribadi. Dari perspektif undang-undang, tindakan sedemikian boleh membentuk kesalahan jenayah dan juga asas kepada tuntutan sivil. Keengganan untuk bertindak atau melaporkan ugutan hanya akan memberikan ruang kepada pihak yang melakukan ancaman untuk terus menekan dan mengawal keadaan.

Hak Milik Benefisial Tanpa Nama

Hak terhadap wang atau aset tidak semestinya ditentukan oleh nama pemilik pada akaun semata-mata. Mahkamah akan menilai sumber wang, tujuan transaksi, serta corak kawalan terhadap akaun tersebut. Sekiranya dapat dibuktikan bahawa wang tersebut disumbangkan untuk tujuan tertentu seperti simpanan bersama atau perniagaan, ia boleh dianggap sebagai amanah dan bukan pemberian. Kegagalan mengumpul bukti sejak awal […]

Risiko Penangguhan Dalam Pertikaian Kewangan

Apabila pihak yang terlibat dalam pertikaian kewangan meminta agar perkara dibincangkan secara “baik”, langkah tersebut sering kali bertujuan untuk melengahkan tindakan sebenar. Dalam tempoh penangguhan ini, aset boleh dipindahkan, wang boleh dikeluarkan, dan akses kepada akaun boleh dihadkan. Dari sudut undang-undang, kelewatan bertindak boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan remedi kerana bukti mungkin telah hilang atau […]

“Hope his law firm is doing decent business…”

CASE : Wong Yoke Kong & Ors v Azmi M Anshar & Ors [2003] 4 MLJ 96 Satu ayat yang pendek, tapi sindirannya cukup tajam untuk mencalarkan reputasi satu firma guaman. Kisah ini berlaku pada lewat tahun 90-an. Seorang ahli politik senior, kita gelarkan dia sebagai Dato’ N, baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sebelum […]

Bongkar Salah Laku, Terus Kena Buang

CASE : R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 Ada seorang klien datang ke firma kami — seorang lelaki berumur lewat 40-an, bekas pengurus kanan di sebuah koperasi besar. Sepanjang kerjayanya, beliau dikenali tegas dan telus. Tapi kadang-kadang, bila seseorang terlalu telus… dia jadi ancaman kepada mereka yang […]

MENANG KES TAPI TAK DAPAT KOS GUAMAN

CASE : Khalid bin Abd Samad v Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman and another appeal [2024] 1 MLJ 292 Dalam dunia mahkamah, menang kes belum tentu bermaksud kita akan dapat semula kos guaman. Inilah yang berlaku dalam satu kes fitnah melibatkan dua ahli politik terkenal di Malaysia. Kes ini bermula apabila seorang ahli parlimen pembangkang […]

Kos Guaman Siapa Tanggung?

Case : Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra & Ors v Perdana Petroleum Bhd (formerly known as Petra Perdana Bhd) [2021] 7 MLJ 439 Sebagai seorang peguam yang sering mengendalikan kes korporat, saya sering ditanya oleh pengarah-pengarah syarikat soalan yang nampak mudah tapi sangat berat: “Kalau saya telah terbukti tak bersalah dalam kes […]