Berikut merupakan kisah benar, yang pernah berlaku di sebuah hospital swasta tempatan.
Tidak semua komplikasi perubatan bermaksud doktor cuai.
Ini penting untuk kita faham dulu.
Dalam rawatan atau pembedahan, ada risiko yang memang boleh berlaku walaupun doktor sudah berhati-hati.
Tapi ada keadaan di mana komplikasi itu mula menjadi isu undang-undang.
Bukan semata-mata sebab rawatan itu “tidak menjadi”.
Tetapi sebab pesakit tidak diberi maklumat yang cukup.
Risiko tidak dijelaskan dengan baik.
Pilihan rawatan lain tidak diterangkan.
Atau prosedur dibuat tanpa perancangan yang sesuai dengan tahap risiko pesakit.
Dalam kes ini, plaintiff menjalani pembedahan abdomen secara elektif di sebuah hospital swasta pada 10 Julai 2018. Beliau mempunyai sejarah endometriosis dan fibroid sejak 2005, serta pernah menjalani dua pembedahan abdomen sebelum itu dengan doktor yang sama.
Selepas pembedahan 2018, berlaku komplikasi serius.
Antaranya bowel perforations, fistula, keperluan colostomy bag, rawatan lanjutan dan kesan yang berpanjangan kepada kehidupan Plaintiff.
Sekali lagi, isu undang-undang di sini bukan sekadar:
“Pembedahan itu ada komplikasi.”
Isu sebenarnya ialah:
Adakah pesakit telah diberi penerangan yang cukup sebelum pembedahan?
Adakah risiko material dijelaskan?
Adakah pilihan rawatan lain diterangkan?
Adakah pesakit benar-benar boleh membuat keputusan secara informed?Mahkamah mendapati Plaintiff tidak diberi nasihat dan maklumat yang mencukupi tentang keadaan sebenar beliau, pilihan rawatan yang ada, manfaat setiap pilihan, dan risiko komplikasi yang mungkin berlaku.
Dalam kes ini, mahkamah turut mengambil kira bahawa pilihan rawatan lain masih tersedia, termasuk rawatan hormon dan pilihan untuk mendapatkan second opinion. Namun, maklumat tersebut tidak diberikan dengan mencukupi sebelum Plaintiff menjalani pembedahan.
Ini pengajaran besar.
Consent form bukan sekadar borang.
Tandatangan pesakit bukan tiket automatik untuk kata:
“Pesakit dah setuju.”
Dalam undang-undang, persetujuan yang sah perlu datang bersama pemahaman.
Pesakit perlu tahu apa yang dia sedang setuju.
Bukan setakat nama prosedur.
Tetapi juga risiko yang penting.
Dalam kes ini, mahkamah menyentuh bahawa tidak cukup untuk hanya menyebut “bowel complications” secara umum. Risiko seperti bowel injury perlu dijelaskan dengan lebih jelas, lebih-lebih lagi apabila pesakit mempunyai sejarah perubatan yang boleh menjadikan pembedahan itu lebih kompleks.
Sebab bagi pesakit, perkataan “komplikasi” mungkin kedengaran biasa.
Tapi realitinya, komplikasi itu boleh bermaksud pembedahan tambahan, fistula, colostomy bag, kesakitan panjang dan perubahan besar kepada kehidupan harian.
Mahkamah juga menilai isu perancangan pembedahan.
Plaintiff mempunyai sejarah pembedahan abdomen dan keadaan gynaecological yang kompleks. Dalam keadaan seperti itu, mahkamah mengambil kira sama ada penglibatan general surgeon sejak awal diperlukan demi keselamatan pesakit.
Mahkamah mendapati doktor telah gagal dalam tugasnya, termasuk gagal memberi nasihat yang mencukupi, gagal memaklumkan risiko material dengan sewajarnya, dan gagal mendapatkan informed consent yang sah. Mahkamah juga mendapati doktor gagal memberi rawatan yang sesuai kerana menyebabkan kecederaan bowel yang boleh dielakkan dan/atau gagal mengenal pasti serta membaiki kecederaan tersebut semasa pembedahan 2018.
Untuk hospital pula, mahkamah menyentuh isu tanggungjawab hospital dari sudut credentialing dan non-delegable duty of care. Mahkamah mendapati hospital tersebut bertanggungjawab secara langsung kerana gagal memastikan credentialing yang betul untuk menghalang doktor daripada melakukan prosedur di luar tahap kompetensinya. Namun, mahkamah tidak meletakkan vicarious liability ke atas hospital untuk tindakan doktor tersebut.
Akhirnya, ia berpihak kepada Plaintiff.
Doktor didapati cuai dan 100% bertanggungjawab terhadap kecederaan, kesakitan dan penderitaan yang dialami Plaintiff. Jumlah keseluruhan yang dinilai oleh mahkamah ialah RM967,710.40, termasuk general damages, aggravated damages, future treatment, special damages dan kos.
Lessons dari kes ini?
Untuk pesakit, jangan takut bertanya.
Sebelum rawatan atau pembedahan, tanya:
“Apa pilihan rawatan lain?”
“Apa risiko sebenar prosedur ini?”
“Kalau komplikasi berlaku, apa kesannya kepada hidup saya?”
“Adakah saya perlukan second opinion?”
“Siapa yang akan terlibat dalam pembedahan saya?”
Itu bukan melawan doktor.
Itu hak anda sebagai pesakit.
Untuk doktor dan hospital pula, kes ini mengingatkan bahawa informed consent bukan kerja admin.
Bukan sekadar minta pesakit sign borang.
Ia adalah proses komunikasi.
Pesakit perlu diberi ruang untuk faham, menilai dan memilih.Tidak semua komplikasi akan menjadi kes mahkamah.
Tetapi apabila komplikasi berlaku bersama kegagalan memberi maklumat yang mencukupi, kegagalan menjelaskan risiko material, atau kegagalan merancang rawatan dengan standard yang sewajarnya, ia boleh berubah menjadi isu undang-undang.
Dalam rawatan perubatan, kepercayaan itu penting.
Tapi kepercayaan tanpa penerangan yang cukup bukan informed consent.
Dan persetujuan tanpa kefahaman bukan persetujuan yang sebenar.
Disclaimer: Artikel ini berdasarkan satu keputusan kes mahkamah. Walaupun Plaintiff dalam kes tersebut menerima jumlah pampasan yang besar, ia tidak bermaksud semua kes kecuaian perubatan akan mendapat keputusan yang sama. Setiap kes bergantung kepada fakta, bukti, tahap kecederaan, pihak yang terlibat dan penilaian mahkamah.
Anda disarankan untuk mengambil konsultasi bersama peguam untuk meneliti kes anda.