Bekerja sambil buat bisnes?
Tak salah, kan?
Masalahnya…
Jika masih pegang antara jawatan tertinggi dalam syarikat lama.
Masih ada akses kepada pekerja.
Masih guna masa mereka.
Masih guna maklumat, sistem dan aset syarikat.
Dan semuanya digunakan untuk bisnes peribadi sendiri.
Itulah yang berlaku dalam satu kes melibatkan sebuah syarikat multinasional (MNC) dan bekas pegawai kanannya.
Mahkamah tidak soal tentang rancangan pegawai tersebut selepas beliau meletak jawatan.
Itu bukan isunya.
Isunya ialah apa yang dia buat untuk bisnes tersebut semasa memegang jawatan.
Antara yang dibuktikan:
– Dia minta pekerja sediakan purchase order untuk syarikat lain.
– Dia minta pekerja untuk hasilkan financial forecast.
– Dia libatkan pekerja dalam perancangan syarikat baharu.
– Dia guna masa, sistem dan sumber syarikat tanpa kebenaran yang jelas.
Bila dibawa ke mahkamah, dia berhujah bahawa kontrak kerjanya tiada non-compete clause.
Tetapi mahkamah kata:
Tiada non-compete clause bukan bermaksud anda bebas menggunakan sumber majikan untuk bisnes sendiri ketika masih bekerja.
Mahkamah akhirnya dapati berlaku pelanggaran amanah, conflict of interest dan pelanggaran tanggungjawab sebagai pengarah serta pekerja kanan.
Pengajarannya mudah.Nak bina bisnes sendiri, boleh.
Tapi jangan bina bisnes itu menggunakan pekerja, data, masa dan aset syarikat yang masih membayar gaji anda.
Kalau anda berada di pihak syarikat yang mengesyaki pekerja atau pengarah menyalahgunakan amanah, atau anda pula sedang dituduh melakukan perkara tersebut, jangan buat keputusan sendiri.
Dapatkan nasihat undang-undang lebih awal.
Hubungi kami di 012-364 0086 atau tekan link di bio untuk membuat temu janji konsultasi.
#Liyanaandco
#Corporate
#conflictofinterest
#fidusiari
#PeguamSyarikat