Skip to main content

Liyana & Co.

Apabila minat berubah jadi STALKING?

Kadang-kadang, yang menakutkan bukan apa yang seseorang post tentang anda, tetapi

macam mana dia boleh tahu maklumat yang sepatutnya bukan untuk orang awam.

 

Kemudian anda mula sedar, dia pernah muncul di tempat yang berkait dengan anda, memantau

apa yang anda buat, dan walaupun anda sudah jelas tidak selesa, dia masih mahu mendekati.

Satu kejadian mungkin nampak seperti kebetulan, satu posting mungkin nampak seperti tersilap

langkah, dan satu kunjungan mungkin nampak seperti biasa.

 

Tetapi undang-undang boleh melihat keseluruhan pattern. Antara red flag ialah perhatian

berulang kepada orang yang sama, cuba mendapatkan maklumat peribadi, memantau aktiviti

atau lokasi, menggunakan beberapa akaun atau nombor, terus mendekati selepas sempadan

ditetapkan, dan menyebabkan seseorang berasa takut atau tidak selamat.

 

Dalam satu kes di Malaysia, seorang wanita mendakwa beliau terus menerima mesej kurang

menyenangkan daripada nombor baharu walaupun nombor sebelumnya sudah disekat, selain

e-mel menghina dan perbuatan mengekori beliau serta keluarganya. Mahkamah memberikan

injunksi untuk menghentikan hubungan dan gangguan tersebut.

 

Dalam satu lagi kes, mahkamah melihat mesej WhatsApp, posting Threads, ancaman, laporan

polis dan laporan perubatan sebagai asas yang cukup untuk menunjukkan terdapat isu serius

yang perlu dibicarakan. Mahkamah tidak menunggu keadaan menjadi lebih buruk kerana

injunksi bersifat preventive, bukan sekadar reactive.

 

Jadi, kalau anda rasa sedang menjadi sasaran, jangan terus anggap dia cuma curious, cuma

peminat, cuma datang sekali atau cuma post. Simpan screenshot, pautan, tarikh dan masa,

rekod panggilan, mesej, CCTV dan kronologi kejadian. Satu bukti mungkin nampak kecil, tetapi

apabila semuanya disusun, barulah pattern itu kelihatan.

 

Bergantung pada fakta, mangsa boleh mempertimbangkan laporan polis, surat tuntutan,

permintaan supaya hantaran diturunkan, arahan supaya hubungan dihentikan, injunksi

mahkamah dan tindakan sivil yang sesuai. Menjadi peminat bukan satu kesalahan.

Mengunjungi premis awam juga bukan satu kesalahan.

 

Tetapi apabila seseorang tahu terlalu banyak, muncul terlalu kerap dan masih mahu mendekati

selepas anda jelas tidak selesa, itu bukan lagi soal minat semata-mata.

‘Boundaries’ tetap ‘boundaries’.

 

Rujukan kes:

1) SUARANA A/P SUKUMARAN v RITA RAMADOO (Bukan Nama Sebenar) [2020] MLJU 641

 

#stalking

#harassment

#samansivil

#injunksi

#pdpa