Sharing :

APA PATUT SAYA LAKUKAN JIKA TERLANGGAR BELAKANG KERETA DI HADAPAN KETIKA MEMANDU?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

😮Lari?
❌ Jangan ya! Jadi la pemandu yang bertanggungjawab.
👉Ini adalah langkah-langkah nya:

1) Jangan lari
2) Bantu mangsa, jika kritikal hubungi nombor kecemasan.
3) Laporkan diri anda ke balai polis

👉Ini lah apa yang anda patut lakukan jika telah melanggar seseorang ketika memandu.
👉Kecuaian anda sudah pasti akan dihukum mengikut Akta Pengangkutan Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

🔴Seksyen 42 APJ memperuntukkan bahawa mana-mana pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum selama 5 tahun dan didenda maksimum 20 ribu ringgit.

🔴Manakala, jika pemanduan anda hingga menyebabkan kematian, mengikut Seksyen 41 APJ, anda boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum 10 ribu ringgit. Lesen memandu anda juga bakal ditarik!

👉Jadi, memandu la dengan berkhemah. jangan membahayakan orang lain serta diri anda.

❌Jika mabuk, jangan drive!
❌Jika mengantuk, jangan drive!
❌Jika penat, jangan drive!
❌Jika teringin memandu laju, boleh pergi main go-kart atau pandu di litar!

⏳Sia-sia sahaja jika masuk penjara kerana melanggar orang sewaktu memandu.
💪Sayangi nyawa anda dan orang lain juga.