Sharing :

DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI DIPERINTAH BELA DIRI DI MAHKAMAH TINGGI

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

📝Tertuduh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terlibat dengan kes Yayasan Akalbudi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

📍Kes prima facie berjaya dibuktikan.

📍Ini bermaksud Timbalan Pendakwa Raya berjaya buktikan Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan jenayah.

😲Tertuduh didakwa atas 47 tuduhan:

– 12 tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust)
– 8 tuduhan rasuah
– 27 tuduhan pengubahan wang haram

📍Kes kini masuk peringkat pembelaan.

📝Peguam bela diketuai peguam Hisyam Teh Pok Teik dan Hamidi Mohd Noh akan berhujah untuk bela diri.

😮Dalam tuduhan pecah amanah, Zahid dituduh guna dana Yayasan Akalbudi bagi kegunaan peribadi seperti urusan kad kredit, polisi insurans, bayaran pada firma guaman dan sumbangan pada persatuan bola sepak PDRM.

📝Jika bersalah, Zahid boleh dipenjara maksimum 20 tahun + sebat + denda.

📝Kes di peringkat pembelaan akan bersambung pada 26 April nanti.

🔎Beban bukti kini terletak pada peguam bela bagi menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kesemua 47 tuduhan yang dikenakan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp