Surat Kuasa Tadbir adalah salah satu cara untuk urusan pembahagian harta pusaka si mati. Secara umum, ia dibuat apabila si mati tidak meninggalkan wasiat.

Permohonan Surat Kuasa Tadbir dibuat apabila:

-Si mati meninggal dunia tanpa wasiat atau dokumen keterangan lain

-Terdapat wasiat yang sah dan boleh dikuatkuasakan tetapi wasi telah meninggal dunia sebelum membuktikan wasiat tersebut

-Orang yang telah mendapat geran surat pentadbiran tetapi tidak menyempurnakan pentadbiran harta pusaka

Bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang ditinggalkan si mati, permohonan dibuat samada di Mahkamah Tinggi, Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

PROBET VS SURAT KUASA TADBIR

-Probet: apabila si mati meninggal dunia dengan wasiat. Surat Kuasa Tadbir: tiada wasiat ditinggalkan atau ada wasiat tetapi pentadbir tidak menyempurnakannya.

-Probet: pentadbir adalah seperti yang dinyatakan dalam wasiat. Surat Kuasa Tadbir: pentadbir dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau pihak berkuasa yang lain.

-Probet: tidak memerlukan perintah untuk pembahagian harta pusaka. Surat Kuasa Tadbir: memerlukan perintah untuk pembahagian.

FARAID VS SURAT KUASA TADBIR?

-Faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka bagi orang Islam. Terdapat kadar atau nisbah yang telah ditetapkan mengikut syariat dan perlu diikut oleh ahli waris si mati.

-Surat Kuasa Tadbir memberikan hak kepada pentadbir yang telah dilantik oleh mahkamah atau pihak berkuasa untuk membahagikan harta pusaka kepada ahli waris.

KES MAHKAMAH BERKENAAN KONFLIK KELUARGA DENGAN SURAT KUASA TADBIR

Saadon bin Abdullah lwn Jamilah bt Omar dan lain-lain [2011] MLJU 652

Kes ini melibatkan pertikaian pusaka arwah Haji Omar (‘si mati’). Surat Kuasa Tadbir si mati telah dikeluarkan kepada isteri ketiganya. Selepas isterinya meninggal dunia, bapa Saadon iaitu Abdullah yang banyak menguruskan. Kemudian Saadon sebagai cucu yang ambil alih pentadbiran pusaka si mati selepas bapanya meninggal dunia.

Saadon menyatakan kononnya waris waris si mati bersetuju melantiknya untuk memohon pentadbiran harta pusaka itu. Urusan dibuat di Amanah Raya Berhad tetapi Saadon menarik diri setelah gagal membayar kos. Anak-anak si mati iaitu Defendan-defendan kemudian telah memohon Surat Kuasa Tadbir dan kuasa telah diberikan kepada mereka.

Saadon memfailkan tuntutan terhadap Defendan-defendan untuk membatalkan Surat Kuasa Tadbir tersebut supaya kuasa mentadbir diberikan kepadanya.

Namun Mahkamah menolak tuntutan Saadon kerana tidak dapat membuktikan sebab yang mencukupi untuk membatalkan Surat Kuasa Tadbir tersebut.

ORANG ISLAM BOLEH TUNTUT PUSAKA MELALUI SURAT KUASA TADBIR KE?

Jawapannya: Boleh!

Sepertimana kes mahkamah yang dikongsikan sebelum ini, permohonan Surat Kuasa Tadbir telah dibuat oleh keluarga Islam.

Walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk orang Islam membuat tuntutan pembahagian pusaka secara Surat Kuasa Tadbir kerana kaedah faraid juga boleh diguna pakai.

Apa yang penting adalah persetujuan bersama waris-waris secara sepakat untuk cara pembahagian harta si mati. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang konflik di kemudian hari.

APA PROSEDUR PERMOHONAN SURAT KUASA TADBIR?

Setiap permohonan Surat Kuasa Tadbir hendaklah:

Dibuat di Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad

Jika dibuat di Mahkamah Tinggi:

-Dengan cara saman pemula

-Disokong oleh afidavit yang menyatakan maklumat atau dokumen yang diperlukan oleh Pendaftar

Ia adalah dinasihatkan jika anda melantik peguam untuk membantu anda membuat permohonan tersebut.

Adakah anda sedang mencari peguam bagi permohonan Surat Kuasa Tadbir? Hubungi kami!

https://wa.me/60123640086

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *