Sharing :

DRAMA LIYANA THE LAWYER-CEO SYARIKAT SONGLAP HARTA SYARIKAT -EPISOD 1

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 

Salam Syawal ke-3. This Raya around, saya tak sempat lagi nak bergambar disebabkan kesibukan hidup. Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi serba-sedikit tentang perundangan syarikat di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.

 

Jom ikuti drama yang saya kena selesaikan pada kali ini:-

Disclaimer: nama dan watak dalam drama ini semuanya fiksyen bagi tujuan perkongsian saya. Jika tersama itu semua kebetulan sahaja

😊

[#1] Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap, dan Abu Blur adalah Pengarah Tekno Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berurusan di dalam penjualan dan pembaikan komputer peribadi. Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap, bersama-sama memegang 55% daripada saham syarikat manakala Abu Blur memegang 5% sahaja. Para pemegang saham yang lain adalah Man dan Leman, setiap seorang ada 20% pegangan saham-saham syarikat.

 

[#2] Man & Leman found out bahawa Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap telah membazirkan dana Syarikat. Abu Blur adalah seorang Pengarah tidak aktif dan biasanya tidak dimaklumkan tentang apa apa Mesyuarat Lembaga Pengarah. Syarikat membuat keuntungan sebanyak RM10 juta pada tahun lepas.

 

[#3] Daripada jumlah ini, RM1.5 juta telah dibelanjakan dalam perbelanjaan hiburan kononnya bagi pihak Syarikat. Sebuah Mercedes Benz telah dibeli dengan kos RM1.5 juta atas nama Syarikat.

 

[#4] RM2 juta telah disumbang kepada rumah orang Tuatua. Ibu Siti Songlap, merupakan penetap di rumah TuaTua. Syarikat juga telah membeli sebidang tanah dari Mira Marah, adik Siti Songlap dengan harga RM3 juta. Nilai sebenar harta itu adalah hanya RM1 juta.

 

[#5] Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap, menerima Hadiah RM300, 000 dari Mira Marah sebagai penghargaan kepada kebaikan mereka. Di samping itu, mereka telah mengambil tanpa kebenaran, RM2 juta daripada dana syarikat ini untuk kegunaan peribadi mereka. Setakat ini, jumlah ini telah tidak dikembalikan kepada Syarikat.

 

[#6] Minggu lepas satu resolusi telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk memberikan saham-saham biasa sebanyak 100,000 kepada Ah Kow, rakan karib Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap. Tujuan adalah untuk mencairkan pegangan saham gabungan Man & Leman kepada kurang daripada 25%. Abu Blur mengundi menentang resolusi tersebut, tetapi undian Abu Blur telah ditentang oleh Ali Lesap dan, isterinya Siti Songlap, yang memegang majoriti saham syarikat .

 

[#7] Dua hari lepas Abu Blur menerima notis daripada syarikat bahawa dia telah dikeluarkan sebagai Pengarah selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah.

 

Nak tahu apa kesudahan dan jawapan kepada setiap persoalan di atas? Saya kupaskan satu satu ye dalam posting berikutnya. Ini juga merupaka persiapan saya menduduki final exams masters saya. Wish me luck!.