Skip to main content

Liyana & Co.

Company Memang Downsize. Tapi Bukan Bermakna Siapa-Siapa Boleh Terus Diretrench.

 

Bila business slow down, company memang ada hak untuk restructure, downsize atau kurangkan workforce.

Tapi satu benda yang selalu orang terlepas pandang:

“Company tengah retrench” tak semestinya bermaksud pemilihan setiap employee itu automatically betul.

Dalam kes Ng Chang Seng v Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd & Anor, employee tersebut telah berkhidmat lebih kurang 13 tahun sebelum dipilih untuk retrenchment sebagai sebahagian daripada restructuring exercise syarikat.

Dia challenge keputusan itu.

 

Antara persoalan yang dibawa ialah:

– adakah position dia betul-betul sudah redundant;
– adakah prinsip LIFO – Last In, First Out telah digunakan dengan betul;
– kenapa foreign dan contract workers masih dikekalkan;
– dan sama ada retrenchment itu sebenarnya dipengaruhi oleh isu lain seperti perceived poor performance atau insubordination.

 

Industrial Court pada mulanya memutuskan bahawa retrenchment tersebut tidak dibuat secara bona fide dan termination itu adalah tanpa just cause or excuse.

High Court kemudian mengetepikan keputusan tersebut.

Namun apabila kes sampai ke Court of Appeal, keputusan Industrial Court dikembalikan dan employee tersebut akhirnya berjaya.

 

Kenapa?

Sebab dalam kes retrenchment, employer bukan sekadar perlu tunjuk:

“Business memang tengah susah.”

Employer juga perlu justify kenapa employee itu yang dipilih.

 

Court of Appeal menegaskan bahawa employer menanggung burden untuk membuktikan bahawa redundancy itu genuine, retrenchment itu lawful, selection dibuat berdasarkan objective criteria, dan keputusan tersebut bukan dipengaruhi oleh perkara lain seperti poor performance atau perceived insubordination.

 

Dalam kes ini, Court turut melihat bahawa pekerja lain dengan role yang hampir sama masih dikekalkan, termasuk foreign dan contract workers, sedangkan employer gagal menunjukkan dengan cukup jelas bahawa mereka mempunyai special skills yang claimant tidak ada.

 

Point pentingnya:

Company memang ada managerial prerogative untuk restructure.

Tapi retrenchment masih perlu dibuat dengan cara yang genuine, fair dan properly justified.

Sebab dalam Court, soalan dia bukan sekadar:

“Adakah company sedang downsizing?”

Soalan seterusnya ialah:

“Kenapa pekerja ini yang dipilih?”

Dan kalau jawapan itu tak boleh disokong dengan evidence yang jelas, retrenchment itu masih boleh dicabar.

 

Kes: Ng Chang Seng v Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd & Anor [2021] 1 MLRA 261