Skip to main content

Liyana & Co.

Tak Sebut Nama Pun Masih Boleh Kena Saman Fitnah.

Dalam kes ini, seorang lelaki membuat tiga hantaran di Facebook tentang “money game”, penipuan, agama,

pelaburan durian dan satu program bernama Life Engineering.

Nama individu yang dimaksudkan tidak disebut secara terang-terangan.

Jadi defendan cuba berhujah:

 

“Saya tak sebut nama dia pun.”

 

Tapi Mahkamah tidak lihat pada nama disebut atau tidak.

Mahkamah menilai semua petunjuk dalam hantaran itu.

Antaranya:

 

– Dia seorang Kristian.

– Pernah direman.

– Terlibat dalam bisnes durian.

– Ada syarikat aiskrim.

– Seorang duda.

– Dan dikaitkan dengan Life Engineering.

 

Bila semua petunjuk itu dibaca bersama, orang yang kenal individu tersebut boleh tahu siapa

yang dimaksudkan.

Mahkamah juga mendapati hantaran itu bukan sekadar kritikan biasa.

Ia memberi gambaran bahawa individu tersebut:

 

– seorang penipu,

– menggunakan agama untuk memperdaya orang,

– menjalankan “money game”

– dan terlibat dalam aktiviti yang tidak jujur.

 

Lebih buruk, selepas menerima surat tuntutan daripada peguam, defendan bukan sahaja tidak memadam hantaran tersebut.

Dia repost semula.

Kemudian dia buat satu lagi hantaran.

Mahkamah melihat tindakan itu sebagai sesuatu yang disengajakan, bukan “kebetulan”.

 

Akhirnya, Mahkamah memutuskan bahawa defendan telah memfitnah plaintif kedua.

Dia diperintahkan:

– membayar RM150,000 ganti rugi,- membayar RM50,000 kos,

– memadam semua hantaran,

– menerbitkan permohonan maaf di akhbar, dan dilarang mengulangi kenyataan yang sama.

 

Pengajarannya?

Tak sebut nama bukan bermaksud anda selamat.

Kalau orang masih boleh kenal siapa yang dimaksudkan melalui gambar, latar belakang, bisnes, agama atau

petunjuk lain, anda masih boleh dipertanggungjawabkan. Dan bila sudah terima surat tuntutan, jangan tambah minyak

dalam api. Satu repost boleh nampak seperti satu klik kecil. Tapi di Mahkamah, ia boleh jadi bukti besar.

 

RUJUKAN KES: COOL Cares Sdn Bhd & Anor v LIM LIEK FU (Bukan Nama sebenar) [2021]

MLJU 2831