Buka tender, vendor sama menang. Bukan sekali, bukan dua tapi berkali-kali. Harga pun 30-100% lebih tinggi dari tawaran vendor lain. Bila siasat, terjumpa file “rewards” dalam laptop seorang staf. Apa maksudnya? 😏
Dalam satu kes di Court of Appeal, dua senior management employees dalam IT department terlibat secara langsung dalam proses pembelian, penilaian tender dan recommendation of vendors.
Company kemudian buat internal review.
Apa yang mereka jumpa?
Satu kumpulan vendor tertentu yang kerap dijemput masuk tender, dan kerap juga berjaya. Lebih pelik, successful bids daripada vendor-vendor ini secara purata 30% hingga 100% lebih tinggi berbanding quotation daripada vendor lain yang diperoleh secara bebas.
Siasatan diteruskan.
Rupanya kedua-dua employees tersebut mempunyai “commercial relationship” dengan shareholders dan directors kepada beberapa vendor yang terlibat.
Malah, terdapat pembelian hartanah bersama yang tidak pernah didedahkan kepada company.
Kemudian company ambil semula laptop kerja dan buat forensic examination.
Dalam laptop salah seorang employee, ditemui kira-kira 400 Excel spreadsheets dan web-based correspondence yang menunjukkan profit-sharing arrangement.
Ada file yang dinamakan “reward”.
Dalam file itu ada breakdown transaksi, harga, profit dan percentage distribution kepada pihak-pihak tertentu.
Maklumat tersebut juga mempunyai correlation dengan purchase orders dan pembelian sebenar yang dibuat oleh company.
Court akhirnya menerima bahawa employees tersebut terlibat dalam unauthorised profit-sharing arrangement dan menerima secret profits daripada transaksi dengan vendor. Mereka dibuang kerja.
Tapi satu point penting dalam kes ini:
Dismissal bukan semestinya penamat kepada liability employee.
Court of Appeal menjelaskan bahawa tindakan membuang pekerja kerana misconduct dan tindakan civil untuk breach of employment contract adalah dua perkara yang berbeza.
Maksudnya, kalau misconduct employee turut menyebabkan breach of contract, breach of fiduciary duty atau secret profits, company masih boleh mempunyai civil remedies yang berasingan.
Dalam kes ini, Court of Appeal akhirnya membenarkan tuntutan company dan antara jumlah yang diperintahkan termasuk RM1.756 juta terhadap kedua-dua employees, selain jumlah berasingan terhadap setiap seorang serta damages dan interest.
Untuk business owners, especially yang ada procurement team atau staff yang handle vendor selection:
Conflict of interest bukan benda kecil.
Kalau employee ada personal relationship, financial interest atau commercial arrangement dengan vendor, disclosure dan internal control sangat penting.
Sometimes, masalah bukan bermula dengan “staff curi duit company”.
But,
Siapa yang pilih vendor?
Kenapa vendor yang sama selalu menang?
Kenapa harga lebih mahal?
Dan siapa sebenarnya yang benefit daripada transaksi itu?
Syarikat anda sedang mengalami perkara yang sedemikian? Hubungi kami untuk mendapatkan nasihat dan khidmat guaman melalui link di bio.