MADHI INDRAN A/L SINNAYYA v SBS TOTAL LOGISTICS MALAYSIA SDN BHD (TRANSWAYS LOGISTICS (M) SDN BHD, THIRD PARTY) [2023] MLJU 1139.
Dalam bisnes dan logistik ni, bila barang hilang ke rosak ke, instinct orang memang sama. Cari siapa paling dekat. Siapa pegang barang. Siapa buat delivery. Siapa last sentuh. Itu yang kena dulu. Senang cerita, siapa nampak buat kerja, dialah salah.
Kes ni pun start macam tu. Plaintif rasa dia rugi sebab apa yang jadi dalam logistics operation. Dari luar, memang nampak straightforward. Ada satu company yang handle shipment, so of course, merekalah yang disaman. Service tak jalan, barang bermasalah, siapa lagi kalau bukan yang buat kerja tu.
Tapi bila masuk court dan cerita ni dibuka satu-satu, rupa-rupanya tak semudah tu. Defendan kata, yes, nama kami ada, tapi benda yang jadi tu bukan kami yang control. Ada pihak lain yang sebenarnya run operation, yang buat decision, yang handle benda tu hari-hari. So mereka pun tarik pihak ketiga masuk. Logik dia simple. Kalau nak salahkan orang, salahkan yang betul-betul buat.
Court tak terus agree. Mahkamah bukan tengok siapa paling dekat dengan kejadian atau siapa senang disaman. Court nak tahu siapa yang memang ada tanggungjawab dari segi undang-undang. Siapa yang patut jaga barang tu. Siapa yang owe duty kepada customer. Kalau setakat internal arrangement, outsource, subcontract semua tu, court tak kisah sangat kalau dari segi legal duty, benda tu tak jatuh kat situ.
Court pun tekan satu benda penting. Third party action ni bukan jalan senang nak lepas tangan. Bukan boleh guna bila dah kena saman baru nak point jari kat orang lain. Kalau nak shift liability, kena prove betul-betul pihak tu yang memang patut tanggung, bukan sebab mereka buat kerja fizikal je.
Last-last, mahkamah decide based on real situation. Bukan apa yang nampak atas kertas, bukan apa yang orang assume. Liability bukan pasal siapa paling hampir dengan kejadian, tapi siapa yang sepatutnya tanggung ikut undang-undang.
Kes ni actually reminder besar untuk bisnes, especially yang suka outsource sana sini. Hari ni semua ada third party, ada runner, ada subcontractor. Tapi bila benda jadi dan kes naik mahkamah, court akan buka satu-satu. Tak boleh hide behind structure atau agreement dalaman.
Conclusion dia simple. Dalam bisnes dan logistik, jangan assume boleh alihkan liability sebab kerja tu orang lain buat. Court akan tengok real legal responsibility. And bila sampai tahap saman-menyaman, soalan sebenar bukan siapa yang kena tuding, tapi siapa yang memang patut tanggung.