| |

Duit Pelabur Dah Masuk, Pulangan Dijanjikan… Lepas Gagal Terus Kata ‘Bukan Salah Kami’?

Ada satu kes yang saya baca, dan ia buat saya teringat satu benda yang orang selalu lupa bila berdepan dengan undang-undang: kebenaran tak boleh dipaksa masuk dalam cerita yang kita reka bila keadaan dah tak memihak.

Selalunya bila bisnes dah gagal, duit dah tak ada, tekanan dah datang — orang mula bina cerita yang “nampak selamat”. Ayat cantik. Teknikal. Macam dah fikir masak-masak. Tapi sebenarnya, cerita macam ni selalunya makan diri sendiri.

Kes ni bermula dengan satu pelaburan yang atas kertas nampak sangat kemas. Dokumen ada. Terma jelas. Pulangan dijanjikan. Dan ya — pengarah sendiri tandatangan jaminan peribadi. Semuanya okay… sehinggalah duit berhenti masuk.

Bila pelabur minta keluar dan minta duit dipulangkan, syarikat kata setuju. Tapi duit tak pernah sampai.  Lepas tu syarikat pula tutup. Bila tuntutan beralih kepada pengarah, tiba-tiba ceritanya berubah. Pelaburan ni kata bukan pelaburan. Kata pinjaman haram. Kata perjanjian tak sah. Dengar macam bijak. Dengar macam teknikal. Tapi bila disemak betul-betul, ceritanya tak kena dengan apa yang ditandatangani dari awal.

Dan kat sinilah ramai tak sedar — cerita yang dibuat-buat lebih cepat runtuh daripada cerita yang jujur, walaupun cerita jujur tu tak sempurna. Mahkamah bukan cari cerita paling pandai. Mahkamah cari cerita yang masuk akal.

Akhirnya, penjelasan pengarah tu bukan saja gagal selamatkan mereka, tapi jadi sebab kenapa tuntutan pelabur jadi lebih kuat. Sebab bila cerita tak konsisten, tak munasabah, dan bercanggah dengan dokumen sendiri — mahkamah boleh tolak terus. Dan bila itu berlaku, tak ada lagi tempat nak berselindung.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *