Seorang abang ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali.
Kemudian timbul dakwaan bahawa adiknya sendiri mengupah orang untuk membunuhnya kerana perebutan harta keluarga.
Si adik ditangkap dan ditahan beberapa hari. Selepas siasatan, polis tidak menemui asas bahawa dia terlibat.
Dia kemudian menyaman abangnya atas fitnah dan false imprisonment.
Nampak macam kes dia kuat?
Tak juga.
Mahkamah mendapati lebih berkemungkinan bahawa si abang tidak pernah membuat kenyataan tersebut
kepada polis di hospital seperti yang didakwa.
Malah, walaupun andaikan kenyataan itu memang dibuat, Mahkamah kata ia masih boleh dilindungi oleh qualified privilege.
Kenapa?
Sebab si abang baru menjadi mangsa cubaan bunuh. Jika dia benar-benar mengesyaki seseorang,
dia berhak memberitahu polis, dan polis pula mempunyai tugas untuk menyiasat.
Mahkamah juga tidak menemui bukti mencukupi bahawa si abang bertindak dengan niat jahat.
Tuntutan false imprisonment turut gagal kerana sekadar memberi maklumat kepada polis tidak
bermaksud seseorang itu secara automatik bertanggungjawab atas penangkapan.
Akhirnya, si adik kalah kedua-dua tuntutan.
Pengajarannya?
Bukan semua tuduhan berat terus menjadi saman fitnah yang boleh dimenangi.
Mahkamah akan lihat apa yang dikatakan, kepada siapa, dan dalam konteks apa ia dikatakan.
Fitnah bukan sekadar tentang tuduhan. Konteks boleh ubah seluruh kes.
Rujukan kes: Henry Ong Kian Seng v Philip Ong Kian Kok (Bukan Nama Sebenar) [2008] MLJU 56
#FitnahFriday
#LiyanaAndCo
#SamanFitnah
#Defamation
#KesSivil