Saya dilempang dan diterajang oleh suami, adakah ini salah saya?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

🔥Perbuatan mencederakan secara fizikal atau mengakibatkan ketakutan kecederaan fizikal sesama suami isteri adalah merupakan keganasan rumahtangga di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Pindaan) 2017 dan juga merupakan kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.🔥

Dalam kes Pendakwa Raya lwn Makbul (bukan nama sebenar),  tertuduh memukul isterinya dengan sebatang penyapu sehingga menyebabkan isterinya luka dan lebam di bahagian bibir. Mangsa telah mengalami kecederaan “soft tissue injury upper lip” akibat dipukul suaminya. Tertuduh telah didakwa di bawah seksyen 232 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 326A Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, hukuman tertuduh dikurangkan sehingga menjadi satu hari penjara oleh Mahkamah melalui rayuan mitigasinya yang memaklumkan bahawa tertuduh berusia 66 tahun, tidak bekerja serta mengalami kesakitan kaki kerana kakinya bengkak dan berair. 

💥Jika suami atau isteri bertindak seperti di atas, mangsa boleh mengambil tindakan untuk melindungi diri mereka daripada terus dicederakan.💥

⚖️Undang-undang memperuntukkan perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga. Anda boleh membuat laporan ke Balai Polis, membuat aduan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999.⚖️

Apa yang saya perlu tahu sebelum membuat pemfailan tuntutan?

Sebelum anda memfailkan tuntutan di mahkamah, anda harus terlebih dahulu mempertimbangkan perkara-perkara seperti berikut:

1. Adakah tuntutan anda berasas?

2. Adakah tuntutan anda masih dalam had masa yang ditetapkan?

3. Bagaimana anda akan menyokong tuntutan anda? Adakah anda mempunyai bukti yang diperlukan dalam bentuk dokumen atau saksi?

4. Anda juga harus mempertimbangkan kebarangkalian kekalahan kes anda dan akibatnya. Contohnya, seperti yang diperintahkan untuk membayar kos lawan anda.

ONLINE DATING SCAM? LOVE SCAMMER?

🔴 Apa itu ‘love scammer’?

👉🏻 ‘Romance scam’ terjadi apabila seorang penjenayah menyamar sebagai persona online palsu untuk mendapatkan kasih dan kepercayaan mangsa. Scammer itu kemudian menggunakan illusi cinta atau hubungan rapat untuk memanipulasi dan/atau mencuri daripada mangsa. 

👉🏻 Scam percintaan online menakutkan kerana ia meninggalkan impak berganda kepada mangsa. Antara impaknya adalah mangsa kehilangan duit, kehilangan hubungan yang boleh meninggalkan kesan emosi yang mendalam serta trauma.

🔴 Siapa ‘love scammer’?

👉🏻 Orang tersebut bekerja jauh, contohnya di luar negara, atau sebagai tentera, atau bekerja dengan organisasi antarabangsa. 👉🏻 Orang ini mengakui perasaan mereka di peringkat yang terlalu awal dan menggesa perhubungan, contohnya dengan menghantar mesej atau kerap menelefon dalam sehari.

🔴 Beberapa petanda berkenaan romance scam adalah seperti pengakuan cinta yang terlalu awal, sentiasa minta duit padahal baru kenal, kononnya memerlukan bantuan kewangan, ataupun berpura-pura ada kecemasan seperti perlukan visa, passport, dokumen imigrasi, tiket penerbangan, dan sbg.

Dalam kes Pendakwa Raya lwn Wong (bukan nama sebenar), skim “love scam” tertuduh adalah tertuduh akan berbual dengan mangsa dan memikat mereka untuk mendedahkan kemaluan mereka. Panggilan video itu dirakam dan digunakan untuk memeras wang daripada mangsa. Keengganan untuk memenuhi permintaan mereka adalah berisiko apabila video dan gambar lucah itu didedahkan kepada ahli keluarga mangsa. Tertuduh telah melakukan suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang iaitu memperdaya mangsa dalam “love scam” dan mengugut mangsa menggunakan rakaman video lucah mangsa, yang bertentangan dengan seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Adakah fitnah juga satu kesalahan jenayah?

🧐 Tahukah anda bahawa, selain tindakan saman sivil, fitnah juga boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah di Malaysia?


📖 Berdasarkan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, mana-mana individu yang membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, telah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.

🧑‍⚖️ Dan jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Whatsapp boleh guna sebagai bahan bukti ke?

Whatsapp dan Telegram dah jadi antara platform yang paling kerap digunakan oleh warga Malaysia untuk berkomunikasi, Oleh itu, mahkamah mengiktiraf penggunaan mesej online sebegini, dengan mengizinkan penggunaan mesej dan gambar yang dikongsi melalui platform-platform tersebut sebagai bahan bukti dalam prosiding sivil dan juga jenayah. Asalkan bahan bukti tersebut dikemukakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Dalam kes Mok v Bol (bukan nama sebenar), Mahkamah Tinggi membenarkan mesej Whatsapp dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah, kerana dikategorikan sebagai ‘dokumen’ di bawah Akta Keterangan 1950.

Selain itu, kes Plant v Hunt (bukan nama sebenar), kebanyakan bahan bukti yang digunakan adalah perbualan mesej dalam Whatsapp untuk membuktikan bahawa defendan tidak pecah amanah.

Akhir sekali, dalam kes Shamsul v Sam (bukan nama sebenar), mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang sah untuk dikuatkuasakan boleh dibuat melalui Whatsapp. Hal ini selari dengan peruntukan Contracts Act 1950, yang tidak mewajibkan sebuah perjanjian ditulis supaya sahih.

Mangsa scam pun boleh kena dakwa?!

Jangan terkejut, sebab kes ini terjadi kepada Sabrina (bukan nama sebenar).

Dalam kes Pendakwa Raya lwn Sabrina, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan menyembunyikan harta curi dengan sengaja, satu kesalahan di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan. Sabrina berkenalan dengan seorang pengguna FB ‘Nas’, yang meminta maklumat akaun banknya. Rupa-rupanya, ‘Nas’ telah scam beberapa mangsa supaya masukkan duit dalam akaun Sabrina! Sudahnya, Sabrina ditahan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan atas tuduhan bersubahat dengan menyembunyikan harta hasil tipuan. Dia mendakwa dia tidak tahu menahu tentang sumber duit tersebut dan dia tiada kuasa keatas akaun nya. Malangnya, Mahkamah Majistret memutuskan bahawa setiap pemegang akaun bank sepatutnya bertanggungjawab ke atas setiap transaksi yang dilakukan, walaupun nombor pin diberikan kepada orang lain. Akhirnya Sabrina dikenakan hukuman penjara 12 bulan.

Pengajarannya, janganlah berikan maklumat akaun bank anda sewenang-wenangnya, terutamanya orang asing.

Pembuli boleh kena dakwa bawah seksyen apa?

Dapat surat ancaman dan nota ugutan, baju sekolah digunting, dan rambut dipotong semasa tidur? Lain macam ya cara budak-budak zaman sekarang membuli.

Mangsa, pelajar MRSM K, mengadu kepada maknya, yang kemudian mendakwa tentang kewujudan budaya khianat dan gangsterisme di maktab tersebut, serta memuat naik gambar-gambar sebagai bukti di Facebook. Menurut ibu mangsa, pihak sekolah gagal ambil tindakan secepat mungkin, sehingga anaknya mengalami ‘anxiety’.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Karang dah elok-elok masuk MRSM, kena pindah Henry Gurney pulak.

Pembuli juga boleh didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan, barang siapa dengan sengaja menyebabkan kecederaan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

Dalam kes Kuwan lwn Ku (bukan nama sebenar), plaintif adalah pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains K, telah mengambil tindakan terhadap defendan-defendan di atas kejadian buli di bilik asrama ketua pengawas dan penolong ketua pengawas di mana plaintif telah mengalami kecederaan di telinga kanan, muka dan badan akibat daripada kejadian buli tersebut.

Semasa kejadian, ketua pengawas dan penolong ketua pengawas yang berada di dalam bilik yang sama tidak ambil apa-apa tindakan atau melarang perbuatan defendan-defendan tersebut. Impaknya, plaintif mengalami kecederaan sepertimana laporan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Hospital K.

Defendan-defendan didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan s 34 Kanun yang sama. Mereka telah mengaku salah akan pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Dalam kes ini, Mahkamah memutuskan bahawa kesemua defendan adalah bertanggungan cuai terhadap plaintif.

Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co. 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

📞📱Jom set temujanji dan hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *