REVIEW BURUK
Soalan:-
.
Adakah meninggalkan review buruk di media sosial tentang sesuatu perniagaan itu boleh dikenakan tindakan saman malu?
.
Jawapan:-
.
YA! Jika anda adalah seorang pemilik bisnes yang mendapat review buruk sehingga menjejaskan bisnes anda, anda boleh saman orang yang buat tu. Ini adalah berdasarkan kes di bawah ini yang mana berkenaan seorang pelanggan yang membuat review buruk di Facebook setelah tidak berpuas hati dengan sebuah restoren ni.
.
Synergistic Duo Sdn Bhd v Lai Mei Juan [2017] 9 MLJ 697
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
.
Defendan (Lai Mei Juan) membuat tempahan untuk makan malam di BGT Lakeview Restaurant (‘Restoren tersebut’) bersama suaminya dengan bayaran RM105.20 dan telah diberikan nombor meja. Kedua-dua mereka telah datang ke Restoren tersebut tetapi tidak jadi makan di sana.
.
Defendan kemudian telah menulis satu review buruk berkenaan Restoren tersebut di akaun Facebook miliknya yang mengandungi gambar Restoren tersebut yang di telah di edit yang mana Defendan menceritakan tentang perbualannya dengan seorang pekerja Restoren tersebut semasa datang ke sana.
.
Dikatakan Defendan cakap dengan pekerja tersebut yang dia tidak berpuas hati dengan Restoren tersebut kerana kerusi dan meja makan mereka bergoyang-goyang seperti di kedai mamak dan Defendan rasa dia telah ditipu kerana Restoren tersebut tidak sama seperti yang diiklankan. Defendan juga ada minta refund tapi tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada syarat-syarat tempahan. Pada akhir review tersebut, Defendan memaki, mencarut Restoren tersebut dan kata “BAN BGT Lake View!”.
Keesokan harinya, Defendan sekali lagi memuatnaik pernyataan yang hampir sama seperti review sebelum ini di akaun Facebook nya tetapi dalam Bahasa Cina yang dikatakan dibuat berdasarkan komen-komen orang lain berkenaan pengalaman mereka di Restoren tersebut. Antara pernyataan yang dibuat adalah seperti:-
“Kalian jangan di tipu oleh Kelana Jaya SS7 BGT Lake View lagi”
“Tetapi masih juga ada kawan internet yang lain amat marah dan beritahu saya mereka terpaksa tunggu dengan begitu lama baru di hiding makanan, makanan juga sangat tak sedap, berbeza dari gambar, mereka amat kecewa”
“Fikirlah, makan malam RM210 untuk 2 orang. Bukan murah sangat. Harga ini dan di atur duduk di tempat begitu. Memanglah (emoji). Cara perkhimatan teruk sangat”
.
Post kedua Defendan tersebut telah viral dan dikongsi lebih 9,500 kali di Facebook, malah diterbitkan dalam akhbar, laman web, blog dan akaun-akaun Facebook yang lain.
.
Plaintif (Synergistic Duo) yang mengendalikan Restoren tersebut telah membuat tuntutan ke Mahkamah untuk suatu perintah menghalang Defendan daripada menerbitkan kedua-dua post Facebook tersebut atau apa-apa perkataan yang memfitnah Plaintif sehingga selesai kes mahkamah. Sebelum ini, perintah halangan terhadap Defendan berkaitan terbitan post di Facebook telah diperintahkan oleh Mahkamah namun Defendan tidak mematuhinya.
.
Mahkamah kemudian dalam kes ini membenarkan tuntutan Plaintif untuk perintah halangan tersebut terhadap Defendan. Defendan telah gagal membuktikan bahawa perbualan dengan pekerja Restoren tersebut adalah benar. Defendan juga gagal membuktikan kenyataan-kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook nya adalah benar dan fakta yang betul tanpa niat jahat. Terbitan berterusan dalam akaun Facebook menyebabkan Plaintif mengalami kerugian lanjutan terhadap reputasi dan nama baik mereka kerana penggunaan internet yang tidak terbatas.
.
Maka, berhati-hatilah ketika membuat review buruk di media sosial berkenaan pengalaman buruk anda berkaitan apa-apa servis perniagaan kerana anda mungkin akan terima notis tuntutan peguam pula. Ada beberapa kriteria yang Mahkamah akan ambil kira untuk tepis tindakan saman malu ni tapi anda semestinya perlu ada bukti kukuh untuk mengatakan review anda tu sahih, benar dan anda buat tu dengan niat yang baik.
.
Sekian, Liyana the Lawyer.