PERUNDING ACARA DIPERCAYAI DIBUNUH KERANA HUTANG #4
Sharing :
PERUNDING ACARA DIPERCAYAI DIBUNUH KERANA HUTANG #4
Liyana The Lawyer
KUALA LUMPUR – Isu hutang dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang perunding acara di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi berkata hasil bedah siasat mendapati lelaki yang berusia 33 tahun itu maut akibat tikaman di bahagian dada. Walaubagaimanapun kes masih sedang disiasat…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Headline dalam berita terkini adalah mengenai ‘Bunuh”. Dewasa kini, terdapat banyak kes mengenai pembunuhan. Wah, Takut bukan? Terhadap jenayah yang semakin berleluasa.
Pasti ramai dari anda tertanya-tanya apakah sebenarnya yang ditakrifkan sebagai ‘Bunuh” dari segi undang-undang di Malaysia? Di Malaysia, peruntukan undang-undang homisid yang relevan merangkumi sebanyak 21 peruntukan di dalam Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574) iaitu dari seksyen 299 hingga seksyen 318.
• Menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan mereka yang didakwa membunuh akan dikenakan hukuman mati mandatori.
• Tetapi pihak pendakwaraya hendaklah membuktikan pembunuhan tersebut sehingga melepasi keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt)
• Secara amnya, ‘Bunuh’ ditakrifkan sebagai “causing death to a human being” atau menyebabkan kematian kepada seorang manusia.
• Manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
• Klasifikasi ‘Bunuh” adalah sangat luas antaranya: Membunuh dengan niat, Membunuh tanpa niat, mengugut untuk membunuh dsb.
Sekian,
“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”