Sharing :

UNDANG-UNDANG KONTRAK PART 1

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

‘Kontrak’ berdasarkan seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ditakrifkan sebagai, “Satu Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.”

 

• Seksyen ini juga harus dibaca Bersama-sama Seksyen 10(1) yang menghuraikan bahawa, “semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal.”

 

• Sifat kontrak sebagai satu ‘persetujuan’ merupakan teras kepada banyak takrifan yang diberikan kepada ungkapan ‘Kontrak’. Namun, ‘Persetujuan’ sebagai ciri kontrak, realitinya sering kali menjadi tanda tanya. Undang-undang lebih memberatkan ‘objective appearance’ daripada kewujudan sebenar sesuatu persetujuan (yang dilandaskan pada kemudahan komersial).

 

• Namun apa yang perlu difahami tentang ciri sesuatu kontrak ialah semua kontrak adalah merupakan perjanjian tetapi tidak semua perjanjian itu merupakan satu kontrak. Dalam kes Beca (Malaysia) Sdn Bhd v. Tan Choong Kuang & Anor, Lee Hun Hoe CJ menekankan sekali lagi bahawa untuk menjadikan sesuatu perjanjian itu suatu kontrak ia mestilah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang;

 

Sekian,

 

“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”

#LiyanaTheLawyer

#BernardLiyanaShahAlam

#PeguamAnda

#MenegakkanKebenaran