Sharing :

PERKONGSIAN JENAYAH SIBER #4

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Ini adalah perkongsian mengenai kes #jenayahcyber #jenayahsiber.

Salam sejahtera kepada anda semua, baru-baru ini telah tular seorang datuk berusaia 65 tahun telah disyaki ditahan kerana telah merakam aksi terkutuk dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun. Disini, saya ingin berkongsi mengenai kes:-

PP v Asnizukacaras bin Saari (2015)

Asnizukacaras, 36, bekerja sebagai kerani akaun yang telah dituduh memuat naik kandungan lucah di blog “Yamani Halim”.

Didalam telefon bimbit beliau mengandungi 67 gambar-gambar lucah, 63 video lucah, dan 2,438 gambar-gambar lucah.

Asnizukacaras bin Saari telah dituduh:

Seksyen 211 komunikasi Multimedia Akta dimana beliau telah mengaku bersalah.

[KEPUTUSAN MAHKAMAH]

Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (28.5.2015):

Denda sebanyak RM18,000.

Asnizukacaras gagal membayar denda, dan telah dipenjarakan selama 1 bulan bermula dari tarikh tangkap.

Sekian,

Moga bermanfaat.

“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”

-Admin.