Sharing :

PERKONGSIAN JENAYAH SIBER #3

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Ini adalah perkongsian mengenai kes #jenayahcyber #jenayahsiber

 

Salam sejahtera kepada anda semua, dalam kes:-

 

PP V Muhammad Hanaffi Rahim (2015).

 

Hanaffi, 21, bekerja sebagai tukang jahit dituduh menghina seorang Pegawai Polis, mendiang Inspektor Margaret Tagum Anak Goen yang sedang menjalankan operasi yang membawa kepada rampasan daripada motosikalnya.

 

Penghinaan ini telah diposting pada WeChat dalam beberapa jam selepas mendiang telah disahkan mati di hospital selepas dilanggar oleh beberapa penunggang motosikal ketika mengendalikan satu Operasi sekatan jalan raya di Jalan Batu Pahat, Mersing.

 

Muhammad Hanaffi Rahim telah dituduh:

Seksyen 233, (3) komunikasi Akta Multimedia di mana beliau telah mengaku bersalah.

 

[KEPUTUSAN MAHKAMAH]

Keputusan Mahkamah Majistret Batu Pahat penjara 4.09.2015:

2 bulan penjara & denda RM2,000.

 

Sekian,

Moga bermanfaat.

.

“Memperkasakan Ilmu Perundangan Anda”