Sharing :

PERBEZAAN KES SIVIL DAN KES JENAYAH

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Secara amnya, bidang perundangan boleh dibahagikan kepada dua.

Yang pertama merupakan kes sivil. Kes sivil ni biasanya melibatkan pihak A iaitu pihak yang saman dan pihak B iaitu pihak yang disaman. Pihak-pihak ini tidak semestinya seorang sahaja, ada juga keadaan yang membolehkan dua atau lebih orang menyaman pihak yang lain dalam satu kes yang sama. Jadi, kedua belah pihak perlulah melantik peguam mereka sendiri untuk mengendalikan kes mereka. Kes sivil lebih menjurus kepada mendapatkan pampasan atas kerugian yang dialami oleh pihak yang menyaman. Contoh-contoh kes sivil adalah; kes fitnah, kes kontrak dan kes tanah.

Yang kedua merupakan kes jenayah. Kes jenayah pula, secara definisinya adalah apabila seorang individu atau kumpulan individu melakukan kesalahan terhadap negara. Sebab itu, apabila ada pihak yang telah disabitkan bagi kesalahan jenayah, pihak Pendakwa Raya yang akan mewakili kerajaan dalam pengendalian kes tersebut. Manakala, orang yang dituduh tersebut mestilah melantik peguamnya sendiri. Bagi kes jenayah, hukuman yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah adalah seperti hukuman penjara atau denda.

💐 Hubungi kami di talian 0123640086 atau 0123647290.