Sharing :

Pensyarah Muzik Menang RM 217,800.00 Kerana Dibuang Kerja Tanpa Sebab?

Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.  

Pada hari ini saya akan kongsikan kepada para pembaca sekalian mengenai kes no: 5/4-2832/18. Faizal Bin Sheikh Faruq V Lim Kok Wing University Of Creative Technology. 

Kes ini berkenaan seorang ketua fakulti yang dipecat secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab. Pihak yang menuntut sewaktu memberi keterangan di Mahkamah menyatakan bahawa beliau telah bekerja di Syarikat Pihak Responden sejak bulan Mac 2006.  

Pada bulan Februari 2018, beliau telah memegang jawatan sebagai ketua Fakulti Bunyi dan Muzik Design Akademi dan pendapatan terakhir beliau ialah RM6,050.00 Sebulan. 

Pihak yang menuntut telah menerima surat penamatan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak responden bertarikh 30.04.2018 dan berkuatkuasa pada 02.05.2018.  

Beliau telah memaklumkan tentang surat perkhidmatan ini kepada Dato’ Aziz “VICE PRESIDENT” yang telah menandatangani surat tersebut. Dato’ Aziz memaklumkan bawa beliau mengeluarkan surat tersebut atas arahan Tan sri Dato’ Dr Lim Kok Wing.  

Pihak responden tidak mengeluarkan surat tunjuk sebab serta tidak menjalankan siasatan dalaman (Domestic Inquiry) sebelum penamatan perkhidmatan tersebut.  

Tambahan pula, tuduhan salah laku yang dipertuduhkan ke atas pihak yang menutut adalah tidak berasas, tidak jelas dan tidak dinyatakan secara terperinci di dalam surat penamatan. Ini menunjukkan pihak responden telah melanggari prinsip keadilan semulajadi. 

KEPUTUSAN MAHKAMAH. 

Mahkamah memutuskan remedi yang sesuai ialah: 

  1. Bayaran gaji kebelakang :- 

RM 6050.00 X 24 Bulan = RM 145, 200.00 

  1. Pampasan sebagai pengembalian ke jawatan asal (Reinstatement): 

RM 6050.00 X 12 Bulan = RM 72,600.00 

Mahkamah dengan ini memerintahkan Pihak responden membayar kepada Pihak yang menuntut wang sejumlah RM 217,800.00 (RM 145,200.00 + RM 72,600.00), ditolak caruman-caruman statutory (jika ada) melalui peguam yang mewakili pihak yang menuntut dalam tempoh 30 hari dari award ini diperturunkan. 

Adakah anda seorang majikan? Jika anda mahu memastikan kes di atas tidak terjadi kepada anda adalah lebih baik anda mendapatkan khidmat nasihat guaman sebelum nasi menjadi bubur.  

Sekian, 

-Liyana The Lawyer-