BOLEH KE DEDAHKAN LAPORAN POLIS PADA PIHAK KETIGA?

Sharing :

BOLEH KE DEDAHKAN LAPORAN POLIS PADA PIHAK KETIGA?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. 

Kelmarin saya telah bertanyakan kepada anda semua samada bolehkah kita mendedahkan laporan polis kepada pihak ketiga? 

Kadangkala saya perhatikan bahawa laju je orang membuat press conference dan juga snap serta upload gambar isi kandungan laporan polis di media social. Konon nak sebarkan pada orang ramai bertujuan untuk makluman semua. Namun tahukah anda bahawa perkara ini salah di sisi undang-undang? 

Di sini saya ingin kongsikan penghakiman Mahkamah Perskutuan yang telah diputuskan pada tahun 2019. Untuk pengetahuan anda, Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah paling tinggi dalam system hierarki perundangan di mahkamah Malaysia. 

Kes tersebut adalah kes Noor Azman bin Azemi v Zahida bt Mohamed Rafik [2019] 3 MLJ 141. 

Dalam kes ini saya ringkaskan faktanya seperti berikut:- 

Zahida bt Mohamed Rafik (‘responden’) adalah seorang pelakon, manakala Noor Azman bin Azman (‘perayu’) adalah pemandu peribadinya. 

Pada 29 Februari 2012, Zahida telah mengarahkan Azman untuk mendeposit wang sebanyak RM200,000 tunai dan cek sejumlah RM120,000 ke dalam akaun banknya. Apabila dia tidak dapat menghubungi Azman, Zahida membuat laporan polis bahawa Azman, telah lari dengan wang tunai berjumlah RM200,000. 

Setelah membuat laporan polis dan ketika dia meninggalkan balai polis, Zahida didatangi oleh wartawan, yang ingin mengetahui mengapa Zahida telah melawat balai polis. Zahida menjawab bahawa dia telah membuat laporan polis terhadap Azman, dan mengulangi kandungan laporan polis kepada pemberita. Pada 3 Mac 2012, Harian Metro menerbitkan artikel mengenai kandungan laporan polis yang dibuat oleh responden. 

Azman memulakan prosiding undang-undang terhadap Zahida untuk fitnah berhubung dengan kata-kata yang diperkatakan oleh Zahida kepada pemberita, yang kemudiannya diterbitkan di Harian Metro. Azman, menegaskan bahawa kata-kata difitnah bermaksud bahawa dia tidak jujur dan tidak bermoral. Azman, terus menegaskan bahawa perkataan tersebut adalah palsu dan berniat jahat telah menyiarkan, telah mencemarkan reputasinya dan memberi peluang kepada beliau untuk mendapatkan pekerjaan baru. 

Pada peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa kata-kata yang merujuk kepada Azman, adalah jelas memfitnah dan bahawa Azman, telah membuktikan tuntutan fitnahnya terhadap Zahida. Oleh yang demikian, Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan Azman dan mengawardkan kepadanya ganti rugi am sebanyak RM150,000 dengan kos RM40,000 dan menolak tuntutan balas Zahida 

Pada peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan mendapati perkataan yang dipersoalkan dalam artikel yang diterbitkan di Harian Metro adalah ulangan apa yang diceritakan dalam laporan polis. Maka ianya tidak salah. 

Tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Azman, memohon dan mendapatkan kebenaran untuk meneruskan rayuan ini di mana ia menimbulkan persoalan undang-undang sama ada penerbitan kandungan laporan polis oleh pembuatnya kepada orang awam secara besar-besaran dilindungi oleh keistimewaan mutlak. 

Keputusan mahkamah : membuat laporan polis tentang sesuatu perkara dilindungi oleh seksyen 107 Criminal Procedure Code (Kanun Tatacara Jenayah). Walaubagaimanapun, menerbitkan isi kandungan laporan polis tersebut kepada pihak ketiga tidak terlindung dengan keistimewaan mutlak melainkan ianya melibatkan laporan tentang prosidng di mahakamah. Dan menyebarkannya adalah satu kesalahan. 

Jadi sekarang anda faham tak mengapa TAK BOLEH nak sebarkan kandungan laporan polis kepada pihak ketiga? Jika rasa kaya dan sanggup hadap kes Saman Fitnah boleh silakan, tiada masalah. Boleh hubungi dan lantik saya ye. Rezeki saya tak tolak. Haha. 

-Liyana The Lawyer- 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *