PEMBELAAN SAMAN FITNAH

#1 KEBENARAN & VOLENTI NON FIT INJURIA

Volenti non fit injuria ini adalah terma Latin yang bermaksud kecederaan tidak terjadi kepada orang yang rela. Dalam keadaan seperti ini, Defendan tidak akan bersalah sekiranya terbukti Plaintif memberikan persetujuannya untuk suatu penerbitan dibuat, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Sebagai contoh, Plaintif ditemuramah oleh pihak media dan dia tahu ia akan disiarkan dalam TV. Jadi Plaintif tahu dan rela kepada sebarang penerbitan yang dibuat.

Defendan mesti membuktikan yang wujud elemen kerelaan atau persetujuan daripada Plaintif untuk berjaya menggunakan pembelaan ini.

#2 JUSTIFIKASI : PEMBELAAN SAMAN FITNAH

Pembelaan justifikasi adalah sejenis pembelaan yang mutlak. Ini bermaksud apabila kenyataan fitnah dibuktikan benar, undang-undang tidak akan melindungi Plaintif.

Sebarang niat jahat tidak akan mengatasi pembelaan justifikasi ini jika kenyataan fitnah terbukti adalah benar. Defendan mesti membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat adalah benar belaka.

Sebagai contoh, jika Defendan membuat kenyataan bahawa Plaintif telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat, dan memang terbukti sahih kesalahan tersebut maka, tindakan saman fitnah terhadap Defendan tidak berjaya.

#3 KOMEN ADIL : PEMBELAAN SAMAN FITNAH

Pembelaan ini bermaksud Defendan kena buktikan bahawa kenyataan yang dibuat adalah suatu komen atau ulasan yang adil, jujur dan ia dibuat demi kepentingan awam.

Ada 4 elemen yang perlu dibuktikan oleh Defendan:

1. Perkataan hendaklah berbentuk komen dan bukan fakta.

2. Komen hendaklah berdasarkan fakta yang betul.

3. Komen hendaklah adil dan tiada unsur niat jahat.

4. Komen hendaklah dibuat berdasarkan isu kepentingan awam.

#4 KEISTIMEWAAN PEMBELAAN SAMAN FITNAH

KEISTIMEWAAN MUTLAK

Pembelaan ini sekiranya berjaya dibuktikan, pihak yang menerbitkan kenyataan fitnah itu adalah tidak bersalah.

Contoh 1:

Seorang peguam adalah dilindungi oleh keistimewaan mutlak terhadap kenyataan yang dibuat semasa prosiding mahkamah. Tetapi kenyataan mestilah yang berkaitan dengan hal ketika itu dan dengan niat baik.

Contoh 2:

Seorang ahli parlimen juga dilindungi oleh keistimewaan ini berkenaan kenyataan yang dibuat semasa sidang parlimen yang tidak dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Ini termasuk apa-apa laporan, kertas, undian atau perkara lain yang parlimen benarkan atau arahkan untuk diterbitkan.

Contoh 3:

Laporan polis, laporan prosiding mahkamah, penghakiman mahkamah dan lain-lain.

Pembelaan ini akan gagal sekiranya penerbitan adalah bersifat menghina, menghasut, tidak senonoh atau dilarang oleh undang-undang.

KEISTIMEWAAN BERSYARAT

Pembelaan ini terpakai kepada penerbitan dalam akhbar berkaitan apa-apa laporan atau perkara lain yang tersenarai menurut Akta Fitnah 1957.

Ia juga terpakai kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab menerima dan mengeluarkan laporan atau dapatan yang dibuat tanpa niat jahat.

Antara contoh:

– Serahan saman secara penyampaian ganti yang diterbitkan dalam akhbar.

– Laporan prosiding persidangan antarabangsa.

– Laporan mesyuarat umum.

– Surat aduan kepada pihak berwajib berkenaan salahlaku profesional.

Terdapat banyak lagi skop perkara yang dilindungi oleh pembelaan keistimewaan bersyarat ini.

DISAMAN FITNAH SEBAB LAPORAN POLIS

GES LWN OKH DAN LAIN-LAIN [2011] MLJU 1058

Dalam kes ni, ada dua dokumen yang menjadi isu iaitu surat dan laporan polis yang dikatakan adalah suatu fitnah kepada Plaintif individu bernama GES.

GES menyatakan yang maksud semula jadi surat dan laporan polis tu menunjukkan dia adalah bersalah atas kelakuan yang memalukan, menipu, seorang yang tidak layak, tidak berprinsip dan tidak sesuai dalam menjalankan tugas-tugasnya dalam syarikat.

Defendan-defendan dalam kes ini telah menggunakan pembelaan keistimewaan mutlak bagi laporan polis dan keistimewaan bersyarat bagi surat tersebut.

Mahkamah akhirnya membenarkan pembelaan yang diguna pakai kepada beberapa Defendan dalam kes ini.

Laporan polis sememangnya adalah dilindungi oleh keistimewaan mutlak. Manakala bagi surat tersebut, Mahkamah berpandangan yang Defendan-defendan mempunyai “legal, social or moral duty” untuk terbitkan surat kepada Penglikuidasi.

Hai semua!

Anda ada masalah guaman yang nak ditanyakan?

Tak tahu nak tanya siapa?

Tak tahu nak rujuk siapa?

Ya, kami lah yang anda cari!

Jangan lepaskan peluang. Jom dapatkan khidmat guaman dan konsultasi daripada peguam-peguam profesional kami yang sudah sedekad berada dalam bidang guaman ni!

Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set temujanji:

https://wa.me/60123640086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *